Ads GA Leaderhead

Program 3 Juara TV3

Konsert 3 Juara TV3 Cari Pemenang Penyanyi Rock, Balada & Irama Malaysia | Rancangan TV 3 Juara Kesinambungan Legasi Muzik Rock, Balada Dan Irama Malaysia | Tonton 3 Juara TV3 | Lain daripada yang lain, kali ni stesen TV3 menganjurkan sebuah pertandingan nyanyian iaitu 3 Juara yang menampilkan peserta dari 3 genre muzik berbeza. 3 komposer terkenal Malaysia iaitu Edrie Hashim untuk Rock, Ajai untuk Balada dan Pak Ngah untuk Irama Malaysia mencari juara bagi setiap genre.

24 peserta 3 Juara TV3 telah dipilih. Peserta akan bersaing hingga ke peringkat akhir untuk melayakkan diri mereka bergelar johan 3 Juara TV3. Siapakah bakal menjadi pemenang 3 Juara TV3? Sama-sama kita tengok kat tv nanti.

Pengacara program ni dikendalikan oleh si cantik Mira Filza dan bekas pelawak Bintang Mencari Bintang iaitu Issey dan Ammar. Untuk barisan juri pula, peserta akan diadili oleh Dato’ Rossa sebagai juri kategori Balada, Awie juri kategori Rock dan Noraniza Idris juri kategori Irama Malaysia.

Hadiah Pemenang Program 3 Juara
Kesemua peserta genre rock, balada dan irama Malaysia akan berentap dalam satu konsert setiap minggu, sehinga konsert akhir 3 Juara yang akan menobatkan juara pemenang 3 Juara dengan hadiah wang tunai bernilai RM300,000 secara keseluruhan.

Sistem pemarkahan rancangan tv 3 Juara,  setiap peserta akan berentap bersama pasangan dalam kategori yang sama di satu pentas setiap minggu, persembahan mereka akan dinilai oleh penonton dan juri. Juri dan penonton akan memberikan markah undian.

Gambar Program 3 Juara TV3 
konsert 3 juara tv3 cari pemenang penyanyi rock, balada & irama Malaysia, rancangan tv 3 juara, tonton 3 juara tv3, hos pengacara tv3 juara, hadiah pemenang 3 juara
Rancangan tv 3 Juara kesinambungan legasi muzik rock, balada dan irama Malaysia

Hos Pengacara 3 Juara TV3
Issey Fazlisham, Mira Filzah, Azizul Ammar

Juri 3 Juara 2016
Dato’ Rossa, Awie, Noraniza Idris

Saksikan Konsert 3 Juara 2016 TV3 setiap minggu
Konsert 3 Juara Minggu 3: 6 November 2016
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment