Bayaran Haji Tahun 2017 Bawah Harga RM10,000
Berapa
harga pergi haji? Berita baik buat bakal jemaah haji yang mana kos bayaran pergi haji tahun 2017 adalah berjumlah RM9,980 untuk setiap jemaah. Apa itu
bayaran haji? Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai
bayaran jemaah kepada Tabung Haji untuk membolehkan seseorang menunaikan haji
bagi sesuatu tahun. So tahun 2017, bayaran haji masih kekal seperti tahun 2016,
masih lagi di bawah RM10,000.
Berapa kos bayaran pergi haji tahun 2017 |
Pakej Haji 2017
Eh banyak
rupanya pakej haji ni. Ada pakej haji Andalusia, pakej haji rayhar, pakej haji
swasta, pakej haji tabung haji. Pilih pakej haji yang bersesuaian dengan
keinginan anda, harga bayaran haji yang ditawarkan berdasarkan pakej haji pasti
berbeza. Pastinya ada kelebihan setiap pakej haji, menyediakan perkhidmatan terbaik
semasa menunaikan ibadah haji buat jemaah.
Bayaran Haji 2017 RM9,980
Tabung
Haji mengekalkan bayaran haji tahun 2017 pada kadar RM9,980, walaupun berdepan
peningkatan kos sebanyak RM19,550 seorang. Wah terima kasih banyak-banyak pihak
Tabung Haji. Dengan adanya subsidi sebanyak RM9,570 bagi setiap jemaah ia
merealisasikan impian kami bergelar tetamu Allah.
Subsidi Pergi Haji 2017
Walaupun
telah diumumkan ada pemberian subsidi sebanyak RM9,570 bagi setiap jemaah namun
ianya tidak merangkumi perbelanjaan langsung untuk semua jemaah negara secara
percuma termasuk penganjuran kursus bimbingan, buku dan risalah panduan, kos
petugas, perkhidmatan perubatan serta prasarana stesen berlepas. Sumber: bayaran haji 2017
Kos bayaran pergi haji tahun 2017 telahpun dimaklumkan seperti di atas. Sudahkah
anda mendaftar diri untuk menunaikan haji? Sudahkah anda membuat simpanan dalam
buku akaun Tabung Haji? Semoga jemaah yang melaksanakan ibadah haji tahun depan
mendapat haji yang mabrur.
No comments:
Post a Comment