Ads GA Leaderhead

Elly Mazlein Tersingkir GV3 Atau Tarik Diri??

Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2016 | Elly Mazlein Tersingkir Di Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu 4 | Elly Mazlein Kecil Hati Dengan Komen Dato’ Ramli MS Punca Ingin Tarik Diri Dari Gegar Vaganza | Semalam tengok Konsert GV3, penghujung rancangan Elly Mazlein diumumkan peserta tersingkir minggu 4.

Pagi ni, bila skrol FB ada yang mengatakan Elly Mazlein tarik diri dari program Gegar Vaganza. Eh, mana satu yang betul ni? Semalam Elly Mazlein tersingkir atau dia dah awal-awal tarik diri? Konpius mak..al maklum la mak suka tengok artis otai nyanyi.

 Bila baca paper Harian Metro dan Berita Harian..ooo baru tahu..rupanya…Konsert Gegar Vaganza 2016 minggu 4 tu memang ada penyingkiran. Yang tersingkir adalah seperti dinyatakan dalam tv iaitu Elly Mazlein. Berita Elly Mazlein tarik diri tu ada jugak desas desusnya, cuma ia bukan penyebab ia terkeluar malam semalam. Baru la mak faham.

Apa Komen Dato’ Ramli MS Buat Elly Mazlein Kecil Hati
"Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri. Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang," - Elly Mazlein

Kemudiannya, Elly Mazlein memberitahu pihak produksi Astro tentang keputusannya ingin menarik diri dari Gegar Vaganza selepas sahaja Dato’ Ramli MS memberi kritikan tentang persembahannya malam semalam.

Respon Elly Mazlein Mengenai Penyingkiran Dirinya
"Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini. Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku," - Elly Mazlein

apa komen dato’ ramli ms buat elly mazlein kecil hati, elly mazlein tarik diri dari gegar vaganza 2016, elly mazlein tersingkir di konsert gegar vaganza 3 minggu 4, elly mazlein kecil hati dengan komen dato’ ramli ms punca ingin tarik diri dari gegar vaganza
Gambar Elly Mazlein ketika di Konsert GV3 minggu 4 semasa proses penyingkiran

Ramai peminat yang sukar terima Elly Mazlein disingkirkan dari Gegar Vaganza. Ditambah lagi bila membaca komen yang dimuat naik oleh Jihan Muse selaku pengacara program tersebut, yang mendakwa Elly Mazlein menarik diri dari Gegar Vaganza selain tiada penyingkiran yang berlaku.

Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Emarina mengesahkan perkara itu tidak benar dan ia hanya pandangan peribadi pengacara terbabit. Elly Mazlein tersingkir kerana mendapat markah terendah iaitu 74.4 iaitu 0.2 kurang berbanding Siti Sarah yang mendapat 74.6.

Jadi, ternyata terang dan jelas bahawasanya Elly Mazlein tersingkir kerana mendapat markah yang rendah. Elly Mazlein terkeluar dari Gegar Vaganza bukan kerana tarik diri. Ok…mak dah faham. Baca: BIODATA ELLY MAZLEIN GEGAR VAGANZA 2016

No comments:

Post a Comment