Puisi Tentang Ayah Sempena Hari Bapa

Puisi Tentang Ayah Sempena Hari Bapa

Selamat menyambut HARI BAPA 2017. Perdengarkan puisi tentang ayah yang bekerja keras untuk menyara kita sekeluarga. Semestinya puisi sedih untuk ayah. Puisi perjuangan seorang ayah tentang pengorbanannya demi anak-anak di rumah.


puisi tentang ayah yang bekerja keras, puisi sedih untuk ayah, puisi ayah yang telah tiada, puisi tentang ayah yang menyentuh hati, puisi perjuangan seorang ayah
Puisi untuk ayah

Puisi Selamat Hari Bapa: Sementara Masih Ada Masa

Saat anak dilahirkan,
Betapa gembiranya ayah hingga mengalirkan air mata,
Bermain bergurau senda bersama anak kecil,
Terpamer ceria di wajah ayah,
Tika anak-anak menunggunya pulang dari kerja,
Namun..bila masa terus beredar,
Anak-anak makin membesar,
Satu per satu meninggalkan ayah di rumah,
Ayah keseorangan..kesunyian,
Hanya ditemani kedut-kedut tua,
Wajah sugul di depan pintu,
Menunggu.. jika anaknya balik menjenguk,
Entah kali ke berapa tangannya menyeka air mata,
Pulanglah nak..
Jika ada kelapangan masa,
Menjenguk ayah.. sementara masih ada kesempatan.
Selamat Hari Bapa untuk semua bergelar ayah,
Terima kasih ayah atas segala jasamu.

Puisi Ayah Yang Telah Tiada

Dulu…
Ayah sering menemaniku bermain,
Sering membuatku ketawa,
Sentiasa ada disisiku ketika aku kesunyian,
Tapi…
Setelah ayah pergi selamanya,
Kini aku bermain sendiri,
Gelak tawaku seakan kosong,
Dalam diam..
Aku mengharapkan kehadiran ayah di sisi,
Menemani hari-hariku yang begitu sepi,
Sungguh…aku amat merinduimu ayah,
Selamat Hari Bapa buat ayah,
Kukirimkan sekalung doa buat ayah di sana.

Puisi Hari Bapa: Puisi Tentang Ayah Yang Menyentuh Hati

Ayah..
Beribu kata telah kau ucapkan,
Beribu cinta telah kau berikan,
Beribu kasih telah kau curahkan,
Hanya untuk anak mu.
Ayah..
Kau ajarkan ku tentang kebaikan,
Kau tunjukan ku tentang erti cinta,
Kau jelaskan ku tentang makna kehidupan,
Dan kau mendidik ku dengan kasih sayang.
Ayah..
Betapa mulianya hati mu,
Kau korbankan segalanya demi anak mu,
Kau banting tulang hanya untuk anak mu,
Kini ku berjanji untuk semua kerja keras mu,
Ku berjanji untuk semua kasih sayang mu,
Dan ku berjanji untuk ketulusan hati mu,
Bahawa aku akan selalu menjaga mu,
Aku akan selalu menyayangi mu hingga akhir hidup ku,
Terima kasih ayah untuk semua kasih sayang mu.
Selamat Hari Bapa buat ayahku tersayang.

Puisi Perjuangan Seorang Ayah
Setiap penat lelahmu,
Setiap titik peluhmu,
Jasa dan pengorbananmu tak terhitung,
Tak pernah berkira walau sekalipun,
Dialah insan paling ikhlas,
Terima kasih ayah.

Sajak Hari Bapa: Mana Abah?
Bangun pagi, abah tiada di sisi.
Ke mana abah pergi?
Motosikal abah juga tiada di parkir.
Hanya gelas bersisakan air kopi berada di sinki.
Dari pagi, tengah hari, kelibat abah dicari-cari,
Menjelang senja baru abah menonjolkan diri,
Rupanya abah pergi mencari rezeki,
Demi sesuap nasi,
Untuk keluarganya yang dicintai,
Pengorbananmu abah begitu bererti,
Tidak akan kami sia-siakan sesuka hati,
Akan sentiasa kami hargai,
Terima kasih abah, abahlah hero kami.
Selamat Hari Abah.. I LOVE YOU abah and I know you love me too.

Selamilah makna kata-kata puisi tentang ayah sempena Hari Bapa ini, renunglah wajah tua ayah, yang sentiasa memerah keringat dalam membesarkan kita. Tanpa ayah, kita tidak akan lahir ke dunia. Selamat Hari Bapa untuk ayah tercinta.

2 comments: