Ucapan Selamat Tahun Baru Romantis Untuk Kekasih Dan Suami
Runsing
nak fikir ayat apa nak karang untuk bagi ucapan selamat tahun baru romantis? Eh
rujuk sini je la. Tersedia dah ucapan tahun baru untuk kekasih, bahkan ada kata
ucapan selamat tahun baru untuk suami. Ehem-ehem romentik sangat tau!
Jom singgah!
Kata Ucapan Selamat Tahun Baru Romantik
Satu
lagi tahun yang penuh dengan kenangan manis dan saat menggembirakan telah pun berlalu.
Awak telah membuatkan hidup saya merasa begitu indah dan saya berharap agar awak
terus melakukannya di masa yang akan datang. Dengan adanya awak berada di sisi,
setiap saat sangat bermakna untuk saya. Saya cintakan awak! Selamanya! Selamat tahun
baru sayangku.
Di tahun
baru ini, apa yang saya inginkan telah menjadi kenyataan. Awaklah cinta hati
saya. Kehadiran awak amat bermakna. Cinta awak menceriakan hari-hari saya. Terima
kasih sayangku. Moga tahun baru ini mencipta momen terindah di antara kita. Moga
kasih sayang kita semakin bercambah dan melimpah ruah.
Seperti
mana kita menunggu tahun ini sampai ke penghujung, menunggu masa berdetik untuk
tiba ke tahun baru, saya ingin awak tahu, bahawasanya awak adalah insan terpenting
dalam hidup saya. Selamat tahun baru buah hatiku!
Ucapan Selamat Tahun Baru Romantis Untuk Kekasih
Seperti
mana kita melangkah ke tahun baru bersama-sama, marilah kita saling menghargai antara satu sama lain, berkongsi pendapat dan
menyelesaikan masalah bersama-sama. Saling mencintai dan menyayangi tanpa
noktahnya. Selamat tahun baru kesayanganku.
Di saat
aku kecundang, engkau sentiasa ada di sisi, setia menemaniku. Daku berharapan
jodoh kita masih dipanjangkan hingga ke tahun hadapan, agar dapat kita
mencorakkan masa depan bersama. Selamat menyambut tahun baru kekasih hatiku.
Ucapan Selamat Tahun Baru Romantis Untuk Suami
Satu-satunya
perkara yang saya mahu lakukan, apabila tibanya jam 12.01 tengah malam, adalah
untuk mencium awak lebih ganas daripada yang pernah saya lakukan sebelum ini. Moga
dengan kedatangan tahun baru ini, hubungan kita dihujani rasa kasih dan cinta yang
tak terhingga. Selamat tahun baru suami tercinta!
Dapat
meluangkan masa bersama, adalah perkara terhebat yang saya idamkan. Harapanku untuk
tahun mendatang, adalah perkara yang sama akan berlaku. Aku sentiasa
menginginimu sentiasa di sisi. Cinta tulusku hanya untukmu, khas buat suami
kesayangan, selamat tahun baru.
Anda ada
kekasih? Kirimkan ucapan salam selamat menyambut tahun baru untuk mereka. Tak
ada idea? Haaa ucapan selamat tahun baru
romantis sudah tersedia di atas. Boleh pilih mana satu, kemudian hantarkan
ucapan tahun baru anda menerusi laman sosial seperti di WhatsApp, Facebook, Twitter,
Insta, Telegram. Takpun boleh hantar ucapan tahun baru menggunakan SMS.
No comments:
Post a Comment