Sinopsis Drama Diari Cinta Kita TV3 & TV9
Diari Cinta Kita mengisahkan seorang wanita bernama Aqilah yang menjadi madu
kepada sahabat baiknya sendiri. Perkahwinan dengan suami rakannya itu
dirahsiakan. Segala kisahnya dititip dalam sebuah diari, buku yang menyimpan
rahsia kehidupannya.
Penulisan di dalam diari bukan lagi satu perbuatan yang diamalkan oleh
orang zaman sekarang dek kemajuan teknologi yang sudah mengambil alih. Namun,
tidak lapuk bagi seorang doktor pakar puan yang bernama Doktor Aqilah. Baginya,
diari yang ditulis itu adalah perjalanan hidupnya bersama orang-orang di
sekelilingnya.
Segala yang tersurat itu ditulis dari hatinya selepas bergelar isteri
kepada seorang lelaki yang penyayang dan baik hati bernama Hakim. Walaupun Hakim
seorang yang romantik, tetapi dia tidak boleh memenuhi segala permintaan dan
meluangkan masa sepenuhnya dengan Aqilah kerana Aqilah berkongsi kasih dengan
Nurul Iman.
Doktor Aqilah pada mulanya ingin menyembunyikan perkahwinannya dengan
suaminya kerana tidak mahu melukakan hati isteri pertama Hakim, Nurul Iman.
Tambahan lagi, Aqilah tidak sanggup memberitahu kebenaran kepada Nurul Iman
yang juga merupakan kawan baiknya.
Nurul Iman dan Hakim sudah 7 tahun berkahwin namun mereka belum
dikurniakan anak. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk mendapatkan anak
tetapi hasilnya tetap tiada. Walaupun tidak mempunyai cahaya mata, hidup mereka
berdua seperti pengantin baharu dan tetap romantik setiap hari.
Setelah Nurul Iman disahkan mengidap kanser usus tahap satu, dia mula
murung. Hakim telah mengambil cuti demi menjaga isterinya buat sementara waktu.
Walaupun tertekan, Hakim berjanji bahawa dia tidak akan sekali-kali tinggalkan
Nurul Iman walau apa pun yang bakal berlaku pada masa hadapan. Hidup matinya hanya
untuk Nurul Iman.
Nurul Iman terharu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan
oleh Hakim. Dia telah mendapat semangat baharu dan bertekad menjalani rawatan
untuk sembuh. Hakim lebih kerap menemani Nurul Iman. Di situlah permulaan
perkenalan Hakim dengan Doktor Aqilah yang merawat Nurul Iman.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hakim dan Nurul Iman membuatkan
Doktor Aqilah mula menyimpan perasaan terhadap Hakim. Walaupun dia sedar bahawa
dia sudah bertunang dengan seorang lelaki lain, tetapi dalam hatinya ialah
Hakim.
Kekerapan pertemuan mereka untuk rawatan Nurul Iman menyebabkan Hakim
dan Doktor Aqilah semakin rapat. Mereka bertiga sering keluar bersiar-siar dan
menghabiskan masa bersama. Hakim juga tertarik dengan ketulusan dan kebaikan
Doktor Aqilah. Mereka berdua cuba mengawal perasaan kerana tidak sanggup
melukakan hati Nurul Iman.
Akhirnya Hakim dan Aqilah berkahwin tanpa pengetahuan Nurul Iman.
Mereka berdua meneruskan hidup seperti biasa tetapi Hakim tidak pernah bermalam
di rumah Aqilah. Menjadi isteri kedua kadang kala membuatkan Aqilah sunyi. Oleh
itu, Aqilah melepaskan semua isi hati di dalam diarinya.
Saat Nurul Iman mengetahui kebenaran tentang suaminya dan kawan
baiknya, hatinya hancur luluh seolah-olah tidak boleh menerima kebenaran bahawa
dirinya telah dimadukan. Sejak itu, Nurul Iman tidak lagi meneruskan
rawatannya. Aqilah rasa bersalah kerana dia menganggap dirinya sebagai punca
penyakit Nurul Iman menjadi mudarat. Dia juga menyesal kerana mengkhianati
Nurul Iman. Aqilah telah meluahkan perasaannya dan menulis dalam diarinya.
Apakah yang akan terjadi kepada Nurul Iman? Adakah keputusan Hakim
dapat memberikan kebahagiaan kepada dua perempuan yang amat dikasihi? Apakah
yang tersimpan dalam diari Aqilah? Saksikan segalanya dalam drama Diari Cinta Kita di kaca tv anda.
Pelakon Drama Diari Cinta Kita TV3 & TV9
Fezrul Khan sebagai Hakim
Tasha Shilla sebagai Nurul Iman
Ayu Raudhah sebagai Doktor Aqilah
Reen Rahim sebagai Lisa
Shajiry sebagai Suffian
Bell Ngasri sebagai Herman
Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Dato Ali
Nor Albaniah sebagai Datin Suzy
Azlee Senario sebagai Wak Scary
Roslan Salleh, Zalfa Zin, Illey Mohtada
Gambar Drama Diari Cinta Kita TV3 & TV9
Tonton lakonan Fezrul Khan, Tasha Shilla menerusi drama Diari Cinta Kita di kaca tv anda |
Saksikan drama Diari Cinta Kita TV3 & TV9
Tarikh Diari Cinta Kita disiarkan: 16 Disember 2017
Jumlah episod drama Diari Cinta Kita:
20
Diari Cinta Kita episod akhir – episod 20
Saluran: TV3 & TV9
dah habis dah semalam... selamat tengok 20 episod
ReplyDelete