Sinopsis Novel Titian Cinta Karya Ridhya Iman

Sinopsis Novel Titian Cinta - Ridhya Iman

Baca online novel Titian Cinta: Titian Cinta mengisahkan ujian sebuah perkahwinan umpama retak menanti belah. Itulah yang berlaku dalam rumah tangga Aisy dan Harris, angkara sebuah fitnah. Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

Drama meletop kat TV3 sekarang:
“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti? Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel Titian Cinta di bookstore berdekatan.

Gambar Novel Titian Cinta

sinopsis novel titian cinta, baca online novel titian cinta, titian cinta tv3 drama adaptasi novel, gambar novel titian cinta, beli novel titian cinta, harga novel titian cinta rm30
Penulis novel Titian Cinta: Ridhya Iman
Harga novel Titian Cinta: RM30
Drama adaptasi novel sering menjadi pilihan pengarah dan penerit. Kalau nak tahu, novel Titian Cinta juga antara karya yang dijadikan drama yang hangat kat TV3 sekarang ni di slot Akasia. Jangan lupa tonton drama Titian Cinta TV3 tau.

Gambar Drama Titian Cinta TV3

sinopsis novel titian cinta, baca online novel titian cinta, titian cinta tv3 drama adaptasi novel, gambar novel titian cinta, beli novel titian cinta, harga novel titian cinta rm30
Tonton lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah menerusi drama Titian Cinta di kaca tv anda

Novel Titian Cinta merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2017. Jom dapatkan novel Titian Cinta di pasaran!

No comments:

Post a Comment