Sukar berak ketika hamil? Oh aku baru
tahu rupanya masalah sembelit ketika
mengandung merupakan masalah biasa. Syukur la, pasal aku antara ibu hamil yang kerap kali dilanda
sembelit saat hamil anak sulung ni.
Punca
Sembelit Ketika Hamil/ Mengandung
Sembelit berpunca daripada perubahan
hormon semasa hamil yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur
penghadaman si ibu mengandung. Tekanan oleh rahim yang semakin membesar ke atas
rektum juga boleh mengakibatkan sembelit. Sesetengah pil zat besi juga boleh
membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.
Ibu hamil yang kurang air dalam badan
iaitu dehidrasi juga mudah dilanda sembelit. Malah sembelit juga boleh
disebabkan oleh faktor kerisauan, kurang pergerakan fizikal dan pemakan yang
kurang serat (fiber).
Punca Sembelit Ketika Hamil |
Cara
Atasi Masalah Sembelit Ketika Hamil
1. Amalkan pemakanan yang mengandungi
diet seimbang ketika mengandung dan minum air putih secukupnya. Makan makanan
berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan
serta sayur-sayuran segar setiap hari. Minum banyak air atau jus buah-buahan
dan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu masalah
sembelit ketika hamil.
2. Buat senaman secara konsisten. Boleh
rujuk dalam Buku Pink Ibu Mengandung
contoh-contoh senaman hamil yang ibu mengandung perlu praktikkan. Antaranya senaman
berjalan, berenang dan menunggang basikal senaman. Kesemua senaman ini membantu
mengurangkan sembelit, dan membuatkan ibu mengandung rasa lebih cergas dan
sihat.
3. Suplemen pranatal yang mengandungi
zat besi juga boleh menyebabkan sembelit. Tanyalah doktor jika ada pilihan
lain.
4. Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk
julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor
anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu,
mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil. Sumber: Sembelit
ketika hamil
Tips Mencegah Sembelit Ketika Mengandung |
Itulah punca dan cara untuk mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Moga
perkongsian ini bermanfaat buat semua ibu mengandung. Sembelit adalah suatu masalah yang normal di kalangan wanita hamil, tetapi jika sembelit anda berlarutan,
segera maklumkan kepada doktor anda. Sembelit
yang berpanjangan boleh menyebabkan buasir.
Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa. Ada juga yang mengalami
pendarahan semasa membuang air besar. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama
selepas bersalin.
Alhamdulillah cx ok. Tp if makam obimin .. dia ade payah sikit. Kang tk mkn obimin .. kesian plak baby tk cukup zat. Huhu. Redha jela.
ReplyDeleteobimin salah satu punca kita sembelit. masa pregnant dulu aduhai seksanya sembelit sampai 3 hari tak dapat berak
Delete