Ads GA Leaderhead

Sembelit Ketika Hamil

Sebelum pregnant, aku orangnya jenis mudah nak membuang di waktu pagi. Memang terbaik la proses pencernaan dalam sistem badan aku. Alhamdulillah.. Tiada kesukaran dalam membuang air besar. Mudah dan lancar. Masalah sembelit memang jarang aku alami.

Masalah Sembelit: Kesukaran Buang Air Besar Ketika Hamil/ Mengandung
Namun, lepas disahkan mengandung. Aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku. Terutama sering berdepan sukar nak berak. Macam keras je, macam besar je, tak boleh telus. Hadoi..stress aku lama-lama dalam tandas.

sembelit ketika hamil, masalah sembelit, kesukaran buang air besar ketika hamil/ mengandung, sukar berak & sembelit: takut nak teran berak kuat-kuat, takut terberanak, bersalin ketika buang air besar, gambar sembelit
Sembelit - sukar nak buang air besar ketika hamil
Masa usia kandungan aku 6 bulan, aku alami sembelit lagi. Tak boleh buang air besar selama 2 hari. Feel nak berak tu ada, dah ada tanda-tanda sakit perut nak berak. Tapi tahi takmo keluar. Ooops sorry, cerita aku ni direct sangat. Tapi itu la gambaran perasaan yang aku alami saat sembelit tu.

Sukar Berak & Sembelit: Takut Nak Teran Kuat-Kuat, Takut Terberanak
Memandangkan aku tengah hamil anak sulung, so pengalaman mengandung ni la kali pertama. Tak tahu sangat. So, apa-apa yang berkaitan dengan bayi dalam rahim, buat aku takut nak buat itu ini.

Sebagai contoh, kan aku story kat atas yang aku alami masalah sembelit. Tak boleh berak selama 2 hari. Memang ada usaha aku nak push perlahan-lahan kat tandas. Tapi aku tak berani nak teran kuat-kuat. Membayangkan tiba-tiba anak aku yang terkeluar. Hihihi.. Bunyi macam kelakar. Tapi yang tu la yang buat aku takut.

sembelit ketika hamil, masalah sembelit, kesukaran buang air besar ketika hamil/ mengandung, sukar berak & sembelit: takut nak teran berak kuat-kuat, takut terberanak, bersalin ketika buang air besar, gambar sembelit
Wanita hamil kerap kali mengalami masalah sembelit

Tapi logik ker, nanti anak yang terkeluar? Sebab masa aku sembelit tu kandungan aku sekitar 26 minggu. Eh, kakak ipar sebelah hb aku terberanak dalam toilet tau. Tapi aku tak pasti dia hamil berapa minggu masa tu. Dia kata dia sakit perut, rasa nak berak, rasa sembelit pun ada jugak, sekali dia teran, bukan tahi je yang terkeluar, tapi anak dia pun lahir sekali. Bersalin dalam toilet. Eee seram pulak aku.

Lepas anak dia tu keluar, masih lagi bertali pusat, keluarga hb aku hantar dia kat hospital. Alhamdulillah, nasib baik anak dia dalam keadaan selamat dan sihat walafiat. Masa dia bersalin tu, bayi dia tak cukup umur lagi. Mungkin kurang dari tempoh 38 minggu kot. Aku pulak yang jadi trauma bila berdepan sembelit ketika hamil ni.

2 comments:

  1. Fuhh! Cx kalau poo-poo ... mmg tkla nak teran. Takut baby keluar. Hahaha! Mmg tk teran lgsg. Kalau nak poo2.. tgu sampai gesa ke hujung rektum ... baru cx g toilet. Kalau tak ... jgn harap nk ke toilet. Takut baby kua punye psl. Huhu yela da hujung2 ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. teran sikit-sikit je. takut kalau teran kuat bukan tahi yang keluar tapi baby dalam perut keluar..hihi

      Delete