Terima RM200 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

Wah syok dengar bajet 2018 tahun ni. Sebab ada peruntukan duit tabung sebanyak RM200 bagi anak yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018. Katanya, setiap anak Malaysia lahir bermula 1 Januari tahun depan bakal dapat dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Wah best! Best! Kebetulan pulak due aku hujung bulan Januari 2018. Merasa la baby baru ni terima duit tabung RM200 dari skim ADAM50. Terima kasih PM! Rezeki baby baru…di tahun baru. Hihi..
terima duit tabung anak rm200 amanah dana anak malaysia, gambar amanah dana anak malaysia 2050 – skim adam50, bajet 2018 untuk anak, buka akaun amanah dana anak malaysia
Gambar Amanah Dana Anak Malaysia 2050 – Skim ADAM50

Amanah Dana Anak Malaysia Ada Yang Nak Tambah Anak?

Selepas pengumuman bajet 2018 pasal dana tabungan permulaan ADAM50 sebanyak RM200, fuh meledam-ledum komen netizen di laman sosial. Ada yang amat menyukainya, macam aku la, ngam pulak baby dilahirkan awal tahun 2018. Ada yang memberi reaksi sebaliknya. Rileks.. Tak nak tambah anak di tahun 2018, boleh merancang untuk tambah anak untuk tahun 2019 ker, 2020, 2021 mahupun tahun 2022. Sebab tempoh pemberian dana RM200 Amanah Dana Anak Malaysia 2050 ni diberikan sampai tahun 2022.

Skim ADAM50 Buka Peluang Anak Menabung Di Usia Muda

Memandangkan skim ADAM50 ni merupakan unit amanah saham, sememangnya ia cara terbaik untuk buka akaun bank anak di usia kecil. Dana tabungan anak sebanyak RM200 ADAM50 diagihkan menerusi pembukaan akaun bank anak menerusi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M). ASB bagi bayi Bumiputera dan AS1M bagi bayi bukan Bumiputera. Jadi, semua kaum di Malaysia ni dapat manfaat Skim ADAM50 - Amanah Dana Anak Malaysia 2050.

Lebih awal buka lebih bagus. Dapat menikmati kadar faedah dan dividen lebih awal. Untuk pengetahuan umum, bayi berumur 6 bulan dah boleh buka akaun ASB dan AS1M. Pastinya pemberian dana permulaan RM200 untuk Amanah Dana Anak Malaysia ni membuatkan ibu bapa di luar sana tak sabar nak buka akaun ASB dan AS1M untuk anak. Sabar…tahun depan weh..

Maklumat Penting Pengeluaran Duit RM200 ADAM50

Selepas pengumuman bajet 2018 pasal Amanah Dana Anak Malaysia 2050, ramai yang tertanya duit tabungan anak ADAM50 sebanyak RM200 tu boleh diambil masa bila? Adakah macam ambil duit BR1M? Adakah dapat secara cash? Duit dana tabungan anak ADAM50 sebanyak RM200 hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun. Ini termasuklah duit dana tabungan awal RM200 dan perolehan dividen ASB atau AS1M.

2 comments:

  1. InsyaAllah bakal melahirkan tahun depan, so boleh lah dapat skim simpanan Adam50 ni

    ReplyDelete
  2. Tahun 2017 xdpt lah yea😭😭

    ReplyDelete