Sinopsis Novel Red Velvet Karya Acik Lana

Sinopsis Novel Red Velvet

Red Velvet mengisahkan Helena menyayangi Fareeq sepenuh jiwa dan raganya! Malah nekad akan berkahwin walau apa pun terjadi! Namun, hajatnya tidak kesampaian bila mana Fareeq yang ketika itu masih suami orang, kekal setia dengan isterinya, Suhaila. Lebih-lebih lagi bila mengetahui Suhaila telah mengandung. Helena teramat kecewa.



Helena membuat keputusan gila ingin membunuh diri! Mujur ada seorang jejaka kacak menyelamatkannya. Perkenalannya dengan Izzat membuahkan bibit-bibit cinta. Namun cintanya juga kecundang. Daripada rasa sayang bertukar menjadi benci bila mana Izzat mengetahui sejarah hidup Helena sebagai perempuan perampas suami orang.

Bila mana trauma menjadi dendam, adilkah hak sekeping hati dinafikan? Hanya kerana Helena pernah menjadi orang ketiga dalam sebuah rumahtangga, adilkah dia dibenci sebegitu rupa? Izzat yang pernah menyaksikan keruntuhan rumahtangga ibubapanya gara-gara orang ketiga yang membuatkan ayahnya berpaling setia.

Namun cinta yang pernah singgah di hati Izzat terhadap Helena bukanlah semudah itu untuk dibuang begitu sahaja. Kerana ia cinta pertama walaupun ia penuh luka. Sedang mulut Izzat terlanjur mengungkap benci yang tak terhingga. Maka Helena lantas membawa diri setelah tiada ruang untuk menjelaskan, apatah lagi ruang untuk sebuah kemaafan. Kek red velvet yg menjadi kenangan cinta keduanya...kekal menjadi kenangan antara mereka.

Akan adakah sinar kebahagiaan antara Helena dan Izzat? Akan bersatukah mereka kelak? Bagaimana pula dengan Fareeq dan isterinya Suhaila, adakah perkahwinan mereka berkekalan? Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel Red Velvet di bookstore berdekatan.

Gambar Novel Red Velvet 

sinopsis novel red velvet karya acik lana, review, ulasan novel red velvet, drama adaptasi novel red velvet, gambar novel red velvet, penulis novel red velvet acik lana, harga novel red velvet
Penulis novel Red Velvet: Acik Lana
Harga novel Red Velvet: RM23 (Semenanjung Malaysia), RM26 (Sabah/ Sarawak)
Drama adaptasi novel sering menjadi pilihan pengarah dan penerit. Kalau nak tahu, novel Red Velvet juga antara karya yang dijadikan drama tv. Nanti kita tonton kat tv k.


Artikel menarik:


Novel Red Velvet merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2017. Jom dapatkan novel Red Velvet di pasaran!

No comments:

Post a Comment