Sinopsis Drama Red Velvet (Astro Ria)

Sinopsis Drama Red Velvet Astro Ria Lakonan Alif Satar Dan Neelofa

Sinopsis Drama Red Velvet Malaysia - Red Velvet mengisahkan Helena (Neelofa) tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq (Hafidz Roshdi) yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila (Amira Othman).

Baca:

sinopsis drama red velvet Malaysia, drama red velvet alif satar dan neelofa, pelakon red velvet, neelofa alif satar red velvet
Drama Red Velvet adaptasi novel karya Acik Lana
Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat (Alif Satar) yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih.

Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri? Saksikan segalanya dalam drama Red Velvet di kaca tv anda.

Pelakon Drama Red Velvet Astro Ria

Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq 
Amira Othman sebagai Suhaila
Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Hani Nazrina

Gambar Drama Red Velvet 

sinopsis drama red velvet Malaysia, drama red velvet alif satar dan neelofa, pelakon red velvet, neelofa alif satar red velvet
Saksikan lakonan Alif Satar dan Neelofa menerusi drama Red Velvet di kaca tv anda

Tonton drama Red Velvet
Tarikh Red Velvet disiarkan: 2017
Jumlah episod drama Red Velvet: 20
Red Velvet episod akhir – episod 20
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

No comments:

Post a Comment