Ads GA Leaderhead

Panduan tingkatkan follower IG & letupkan jualan di Instagram
Bisnes laku keras!! Cara import barang dari China secara online
Suka main internet? Jom jana income LUMAYAN Fiverr melalui online je
Rahsia LULUS subjek MUET dengan cemerlang
Anak sudah lancar membaca sebelum masuk tadika! Praktikkan tips ini buat anak bijak & pintar..
Ikuti tips ini untuk LULUS interview SPA dapat kerja kerajaan

Kata Sambutan Memperingati Hari Bumi Sedunia

Kata Sambutan Memperingati Hari Bumi Sedunia

22 April 2017 Selamat menyambut Hari Bumi Sedunia. HAPPY EARTH DAY. Hari Lingkungan Hidup! Sambutan Hari Bumi dirai setiap tahun tanggal 22 April di seluruh dunia. Menerusi sambutan Hari Bumi, ia menyampaikan mesej kepada orang ramai. Tujuan Hari Bumi disambut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menjaga dan memelihara alam sekitar dan menghargai bumi.

Istimewa untuk anda sempena HARI BUMI SEDUNIA:

 Sejarah Sambutan Hari Bumi

Gaylord Nelson mengistiharkan Hari Bumi pada tahun 1970 di mana tujuannya untuk meningkatkan kesedaran orang awam dan penghargaan kepada alam sekitar. Beliau mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara.

kata sambutan memperingati hari bumi, contoh sambutan tentang hari bumi, hari lingkungan hidup, ucapan happy earth day, sejarah sambutan hari bumi
Sambutan Hari Bumi

Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Semenjak itu, Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun. Sehingga kini, seluruh negara mengambil tanggungjawab menjaga alam sekitar dan bumi demi kepentingan di masa hadapan. Sumber: Hari Bumi wikipedia


Peringatan Hari Bumi Setiap 22 April

Sambutan Hari Bumi amat penting kerana ianya memberi peringatan kepada penduduk bumi. Betapa pentingnya kita memelihara dan memulihara alam sekitar dan menjaga bumi. Dengan ini, ia dapat menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Malahan, Jabatan Alam Sekitar juga memainkan peranan penting dalam misinya meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap alam sekitar.


Ucapan Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia

Kata Ucapan Happy Earth Day: Sayangi bumi kita. Untuk kesejahteraan hidup di masa sekarang juga untuk generasi anak cucu di masa akan datang. Bermula dari diri kita, khazanah alam perlu dipelihara, tidak melakukan kerosakan di muka bumi, tidak melakukan pencemaran, tidak menjejaskan kehidupan alam dan hidupan yang mana sumber ini amat bermanfaat untuk kita meneruskan kelangsungan hidup.


Hari Bumi Sedunia 22 April 2017 syukur..masih lagi bernafas di bumi yang indah ini. Hasil usaha nenek moyang kita, generasi terdahulu yang mengotakan janji memelihara alam sekitar. Marilah kita menyambung amanah ini, dengan melindungi bumi. Menghindari dari melakukan kerosakan, tidak rakus kepada sumber alam dan menghargai pemberian alam. Bumi kita, planet kita, tempat tinggal kita.

Hari Bumi membawa mesej yang cukup bermakna! Ingatlah kata sambutan memperingati Hari Bumi Sedunia. Sayangi bumi kita. Selamatkan bumi kita dari kemusnahan. 

No comments:

Post a Comment