Apa Itu Keguguran? Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia

Apa Itu Keguguran Janin? Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia

Sedih. Semestinya.. bila seseorang diuji kematian bayi dalam kandungannya. Malah ada yang sudah memilih nama anak, namun apakan daya takdir telah tertulis. Janin meninggal dalam kandungan. Moga mereka-mereka ini tabah dalam berusaha mendapatkan zuriat. Kenali apakah maksud keguguran.

apa itu keguguran, maksud keguguran, gambar keguguran janin, bayi dalam kandungan meninggal dunia, janin meninggal dalam kandungan
Gambar keguguran janin


Apa Itu Keguguran?

Keguguran adalah kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan (10-20%). Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan, tidak biasa berlaku 1-2 kes dalam 100 kehamilan (1-2%).

Apakah Keguguran Berulang-Ulang?

Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat.

Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan? Kadang-kadang doktor dapat mengenal pasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walau bagaimanapun dalam kebanyakan kes, doktor tak dapat mengenal pasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka. Sumber: FB Dr. Muhammad Izzat

Jadi, sedikit sebanyak kita mengerti apa itu keguguran janin. Keguguran awal kehamilan dan keguguran lewat kehamilan. Bagi yang masih berikhtiar mendapat cahaya mata, moga dipermudahkan segalanya.

No comments:

Post a Comment