Video Hari Kemerdekaan Malaysia

Hari kemerdekaan malaysia, kemerdekaan tanah melayu 1957. Sama-sama kita hargai pengorbanan wira negara dalam memerdekakan Malaysia. Mengekalkan keharmonian, menghormati kaum lain, saling bertolak ansur agar perpaduan Malaysia terus utuh. Sayangi Malaysiaku. Malaysia baharu. 

3 sekawan yang berlainan bangsa (Melayu, India dan Cina) tinggal di kampung yang sama. Walaupun berlainan bangsa, agama dan warna kulit, namun hubungan mereka sentiasa erat. Mereka sentiasa berganding bahu dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Kerana begitu sukakan aktiviti menarik upih kelapa, suatu hari mereka mendapat idea. Idea menghasilkan kereta daripada bahan terpakai dan alam semula jadi. 

Mesej video ini menyampaikan akan kekreatifan 3 sekawan mengguna pakai barangan kitar semula dan menyemai konsep ‘3R’ dalam diri masing-masing. Saksikan 3 sekawan menghasilkan kereta daripada tong air, tin milo, pelepah kelapa dalam keterujaan menyambut hari kemerdekaan Malaysia di sini: 
CARA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN PENUH KETERUJAAN

Apa Itu Keguguran? Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia

Apa Itu Keguguran Janin? Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia

Sedih. Semestinya.. bila seseorang diuji kematian bayi dalam kandungannya. Malah ada yang sudah memilih nama anak, namun apakan daya takdir telah tertulis. Janin meninggal dalam kandungan. Moga mereka-mereka ini tabah dalam berusaha mendapatkan zuriat. Kenali apakah maksud keguguran.

Resepi Rusip Sarawak Mudah Dan Sedap

Resepi Rusip Sarawak Mudah Dan Sedap

Eh jangan risau la bila orang suruh masak rusip. Sebab cara memasak rusip ni mudah je. Senang macam kacang! Resepi rusip yang aku share ni tak perlu on dapur gas pun! Ha, jimat tak tenaga korang buat rusip? Yang penting, hidangan rusip ni kelak akan angkat selera mereka yang berada di meja makan.

Teringin Nak Makan Rusip Sarawak

Apa itu rusip? Rusip adalah ikan bilis yang dijeruk dengan garam. Kalau kat Kelantan, mereka ada budu. Kat Sarawak ada rusip. Sama je cara pembuatannya. Yang bezanya, budu ni hancur seratus peratus, tapi rusip ni ikan bilisnya masih berketul-ketul. Dua-duanya sedap. Memandangkan tekak aku ni, tekak orang Sarawak, hmmm teringin bebenar nak makan rusip.

Perkembangan Anak 5 Bulan

Proses Perkembangan Anak Usia Bayi 5 Bulan

Seronoknya bila tengok anak dah pandai satu per satu. Melihat perilaku bayi 5 bulan. Sebelum ni baby Adeeba dah pandai respon senyum bila kita memandangnya, gelak bila diacah, mula mengenali orang terdekat. See.. stimulasi bayi 5 bulan. Terutamanya bila maknya datang dekat, dia akan teruja, mata melilau melihat pergerakan ke mana maknya pergi. Terkini, genap umurnya 5 bulan baby Adeeba dah pandai meniarap! Menikmati momen tahap perkembangan bayi 5 bulan.