Resepi Sambal Belacan Pisang

Resepi sambal belacan buah pisang. Jom lihat cara masak sambal pisang goreng. Sambal belacan yang ditumis dahulu kemudian dicampur dengan buah pisang.

Resepi ni saya dah buat banyak kali. Menjadi menu kegemaran sekeluarga. Rasa sambal belacannya yang umph. Rasa manis pisangnya.

Kalau anda ada banyak pisang kat rumah. Yang dah lalu masak. Try la buat resepi sambal belacan pisang ni. Sedap tau.  Tonton pisang masak sambal di sini: 

Sambutan Hari Pahlawan Malaysia 31 Julai

Ucapan penghargaan dan terima kasih atas jasa pejuang kemerdekaan di Hari Pahlawan. Cara menghargai sumbangan perwira negara. Cara mengekalkan kemerdekaan. Tarikh sambutan hari pahlawan iaitu pada 31 Julai setiap tahun.  Warrior day. Heroes day. 

Benar..kita sudah merdeka. Tetapi ia tidak bermakna kita akan merdeka selamanya. Jika kita leka, alpa, lalai...pastinya ada pihak yang mengambil kesempatan dan kembali menjajah negara kita.

Sentiasalah kita beringat akan kepayahan pahlawan negara dalam memperjuangkan nasib negara kita. Mereka pernah sengsara, dizalimi, ditindas, malah... Tonton sepenuhnya di sini: 

Teks Ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia

Video ucapan hari kemerdekaan Malaysia. Sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan. Cara saya menghargai nilai sebuah kemerdekaan. Erti kemerdekaan bagi diri saya. 

Malaysia telah mengecapi kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957. Alangkah bertuahnya aku dapat menikmati kehidupan berharga di bumi merdeka ini. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta telah lama tersemai di sanubariku. 

Aku bersyukur dapat merasai hasil pembangunan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Pastinya keamanan dan kemakmuran negara akanku pertahankan sampai bila-bila. Malaysia tanah airku tercinta..telah banyak mengajar aku pengertian sebuah cinta. Demi sebuah cinta, ia menyatukan... Tonton selanjutnya di: 
UCAPAN HARI KEMERDEKAAN PENUH BERMAKNA


Erti Kemerdekaan Pada Diri

Ucapan hari merdeka sempena sambutan kemerdekaan Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. Jom sayangi malaysiaku. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia 1957. Moga utuhnya perpaduan Malaysia, bertambah semangat patriotik setiap orang, saya sayang Malaysia. Selamat hari kebangsaan! Malaysia merdeka. Alhamdulillah.

Begitu besar pengorbanan pejuang kemerdekaan suatu ketika dahulu. Merasai kesengsaraan, dalam membebaskan negara kita dari penjajahan. Berperang. Kehilangan insan tersayang. Kehilangan anggota badan demi nilai kebebasan. Jasa dan sumbangan mereka menyebabkan kita bersenang lenang, aman, tenteram hingga ke hari ini. Terima kasih pahlawan negara. Saksikan: 
MERDEKA YANG BERMAKNA BAGIKU  

Video Hari Kebangsaan Malaysia Merdeka

Video hari merdeka Malaysia. Menayangkan semangat patriotik cinta pada negara. Sayangi Malaysiaku. Malaysia merdeka bebas dari penjajah asing. Kemerdekaan tanah melayu 1957. Syukur..dapat mengecapi nilai kebebasan, menikmati keamanan dan utuhnya perpaduan, hidup harmoni sehingga kini.

Saksikan nilai persahabatan antara 3 kaum ini yang pastinya menyentuh hati anda. Bermain bersama, bekerjasama dan berganding bahu dalam menyempurnakan matlamat. Selamat menonton:  
VIDEO HARI KEBANGSAAN MALAYSIA MERDEKA