AF Megastar 2017 Gabung Pelajar Terbaik Akademi Fantasia

AF Megastar 2017 Gabung Bekas Pelajar Terbaik Akademi Fantasia 13 Musim

Wow ini yang ditunggu-tunggu! Gabungan bekas peserta Akademi Fantasia musim terdahulu bersaing dalam satu pentas. Pastinya menampilkan bekas pelajar AF yang hebat-hebat. Yang dah ada pengikut tersendiri. Yang mempunyai peminat tersendiri. Lagi menambah cabaran bila bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu turut bersaing sama. Ini baru syok nak tengok!


AF Megastar 2017 Ganti Akademi Fantasia

Akademi Fantasia 2017? Memang tak ada. Tapi diganti dengan konsep terbaru rancangan realiti Astro iaitu Akademi Fantasia Megastar. AF Megastar 2017 menampilkan 24 peserta yang bersaing dalam Konsert AF Megastar nanti. Even ada bekas juara AF yang muncul tapi aku tak sabar nak tengok persembahan Adira dan Syamel. Bagi aku mereka berdua tu hebat dari segi vokal dan penghayatan lagu.

Persembahan Peserta Dalam Konsert AF Megastar 2017

Semua peserta berkenaan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya bakal menjayakan persembahan pada konsert minggu kedua. Persembahan ala prelude ini diberi nama Konsert AF Homecoming. Pada penghujung konsert minggu kedua nanti, 12 peserta yang layak untuk mara ke minggu ketiga akan diumumkan.

Bermula pada minggu ketiga, setiap peserta terpilih akan berentap hinggalah ke minggu kelapan sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai juara dan menggalas gelaran AF Megastar.

8 bekas juara yang bakal bersaing kembali ialah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016). Manakala bagi 16 bekas pelajar Akademi Fantasia yang turut sama bertanding dalam AF Megastar boleh lihat sini: Senarai 24 peserta Akademi Fantasia Megastar 2017

Gambar Peserta Akademi Fantasia Megastar 2017 

af megastar 2017 gabungkan bekas pelajar terbaik akademi fantasia, af megastar 2017 ganti akademi fantasia, juri dan hos pengacara af megastar 2017
Tahniah buat kesemua bekas pelajar Akademi Fantasia yang bergabung meletup dalam Konsert AF Megastar 2017

Pengacara Akademi Fantasia Megastar 2017

Hos rancangan AF Megastar 2017 dikendalikan oleh Dato’ Aznil Nawawi

Juri Akademi Fantasia Megastar 2017

Datuk Ramli MS
Syafinaz Selamat
Seorang juri jemputan setiap minggu

Sistem Pemarkahan AF Megastar 2017

60 peratus markah daripada juri professional
40 peratus markah daripada undian SMS dan secara online

Saksikan Konsert Akademi Fantasia Megastar 2017 setiap minggu
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Konsert AF Megastar 2017 mula disiarkan bermula 17 September 2017
Jumlah Konsert AF Megastar 2017: 13 minggu
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

No comments:

Post a Comment