Sinopsis Drama Mr Hijab TV3
Mr Hijab mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yang tidak hanya kacak malah sungguh arif dalam
penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira
(Nabila Huda).
Drama Mr Hijab lakonan Nabila Huda dan Sharnaaz Ahmad |
Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan untuk membuka butik
berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz
Hamidun). Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi tumpuan orang ramai dan
juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik muslimahnya.
Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk
menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda
(Shiqin Kamal) berminat untuk untuk
menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu
menaikkan lagi imej butiknya.
Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai
beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik
Fazira mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya. Daripada awal,
Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman. Kerapkali mereka berbalah mengenai
perkara yang remeh temeh.
Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna
(Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk
menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi. Sementara itu, Rem
yang membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya yang dipanggil Kak Chik untuk
mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira.
Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira
menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik
pulang dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan
lain untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat
mencari ibunya.
Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak
Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai
jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai. Rem mengatur
strategi yang lebih hebat lagi untuk emaknya itu.
Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih
tugas emaknya. Mempunyai wajah yang kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem
telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira.
Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna
dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk
mendapatkan Rem. Saksikan segalanya dalam drama Mr Hijab di kaca tv
anda.
Pelakon Drama Mr Hijab TV3
Sharnaaz Ahmad sebagai Rem
Nabila Huda sebagai Fazira
Wan Sharmila sebagai Luna
Shiqin Kamal sebagai Bienda
Didie Alias sebagai Datin Lela
Hafiz Hamidun sebagai Syamiel
Fadilah Mansor
Hafiz Hamidun
Nadiyah Shahab
Gambar Drama Mr Hijab TV3
Tonton lakonan Nabila Huda dan Sharnaaz Ahmad menerusi drama Mr Hijab di kaca tv anda |
Saksikan drama Mr Hijab
Tarikh Mr Hijab disiarkan: 17 Oktober 2017
Jumlah episod drama Mr Hijab: 20
Mr Hijab episod akhir – episod 20
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 6.30 petang
Saluran: TV3
No comments:
Post a Comment