Sinopsis Drama Coffee Prince Malaysia (Astro Ria)

Sinopsis Drama Coffee Prince Astro

Sinopsis Coffee Prince Malaysia drama tv bersiri - Coffee Prince mengisahkan seorang gadis bernama Dani (Go Eun Chan) lakonan Janna Nick. Dani berusia 24 tahun. Sekali pandang ramai yang terpedaya, penampilan dan perwatakannya seperti lelaki.


Coffee Prince merupakan sebuah kedai kopi yang sangat terkenal. Di situ, hanya pekerja lelaki yang memiliki wajah tampan diambil bekerja. Memikirkan tanggungjawabnya yang begitu besar dalam menyara keluarga, Dani berpura-pura menjadi lelaki. Dengan satu harapan, agar dirinya mendapat pekerjaan sekaligus mendapat upah lumayan untuk pembiayaan adiknya yang sedang belajar dan perbelanjaan keluarganya.

sinopsis drama coffee prince astro lakonan fattah amin dan janna nick, sinopsis coffee prince malaysia, pelakon dan gambar drama coffee prince astro
Coffee Prince drama adaptasi novel karya Sunmi Lee
Sejak ayahnya meninggal, Dani lah yang menjadi tulang belakang keluarganya. Dia bekerja keras tanpa sedar penampilannya turut berubah. Tingkah lakunya, pakaian dan gaya percakapan seperti lelaki! Dalam bahasa yang mudah, Dani seorang tomboy!

Malah majikannya iaitu Raykal (Choi Han Kyul) lakonan Fattah Amin turut tertipu dengan identitinya. Raykal pemilik café Coffee Prince berusaha meningkatkan keuntungan jualan di premisnya. Dia sangat beruntung kerana memiliki pekerja yang rajin. Dalam diam, hati Raykal terpaut dengan karisma Dani. Hubungan Dani dan Raykal begitu akrab dan mesra. Mereka sering bersama, di café, malah menghantar bekalan kopi pun bersama. Seperti belangkas! Pasangan kekasih! Namun, apakan daya dia tidak dapat menjalinkan hubungan cinta, kerana Dani seorang lelaki! Cita rasanya bukanlah lelaki gay, tapi kehadiran Dani sering membuatkan jantungnya berdetak dengan kencang! Perasaan apakah ini..

Selepas cafenya mencapai target jualan, Raykal sangat berpuas hati dan gembira. Ketika itulah hatinya hancur luluh. Rahsia Dani telah terbongkar. Kini dia mengetahui Dani seorang perempuan. Bukanlah lelaki yang disangkanya sebelum ini. Raykal merasa tertipu. Lebih teruk lagi hatinya juga berkecai bila Dani langsung tidak mendedahkan perkara sebenar. Bermulanya konflik di antara Raykal dan Dani. Raykal memecat Dani serta-merta!

Dani dirundung rasa bersalah, dia merasa sangat sedih. Bukan kerana dirinya dipecat, tetapi tidak kesampaian memberitahu pada Raykal tentang dirinya sebenar. Dia tahu dia telah banyak melukai hati Raykal. Dirinya juga tidak menyangka akan jatuh cinta pada majikannya. Kerana cinta itu, dia sukar untuk ungkapkan perkara sebenar. Bimbang reaksi Raykal. Takut Raykal akan meninggalkannya. Namun semuanya telah terlambat.

Di sebalik krisis hubungan Dani dan Raykal, muncul sepupu Raykal iaitu Amri (Choi Han-sung) lakonan Fahrin Ahmad. Amri juga menaruh perasaan pada Dani, namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kehadiran Amri membuatkan hati Raykal semakin sakit, dia menjadi semakin cemburu! Halangan makin bertambah bila mana nenek Raykal membantah hubungan mereka. Menuduh Dani hanya mengambil kesempatan atas kekayaan Raykal. Akan bersatukah Dani dan Raykal? Bagaimana dengan Amri yang turut mencintai dirinya. Saksikan segalanya dalam drama Coffee Prince di kaca tv anda.

Pelakon Drama Coffee Prince Astro

Fattah Amin sebagai Raykal
Janna Nick sebagai Dani
Fahrin Ahmad sebagai Amri
Daiyan Trisha sebagai Ira
 Diana Danielle
Sean Lee
 Zain Hamid

Gambar Drama Coffee Prince Astro 

sinopsis drama coffee prince astro lakonan fattah amin dan janna nick, sinopsis coffee prince malaysia, pelakon dan gambar drama coffee prince astro
Saksikan lakonan Fattah Amin dan Janna Nick menerusi drama Coffee Prince di kaca tv anda

Tonton drama Coffee Prince
Tarikh Coffee Prince disiarkan: November 2017
Jumlah episod drama Coffee Prince: 28/29
Coffee Prince episod akhir – episod 28/29
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

1 comment: