Resepi Lepat Jagung Sedap Dan Mudah
Teringin nak makan lepat jagung. Terus
jari pantas menaip di dada google cari pasal resepi lepat jagung sedap. Al
maklum la, ngidam. Hmmm, pregnant kali ni rasa nak makan pais jagung; makanan
mengidam ibu mengandung oi. Dah buat, dah makan, baru senang hati. Menjadi laa.
So, kalau korang nak buat kuih lepat jagung, boleh follow resepi ni, sedap!!
Lihat video cara masak kuih lepat jagung di bawah, easy like peanut!
Bahan-Bahan Masak Resepi Lepat Jagung Kukus
Berikut merupakan bahan yang diperlukan
untuk menyiapkan hidangan makanan/kuih lepat jagung:
3 tongkol jagung besar (disagat/
diblender)
1 tongkol jagung (dihiris)
1 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
3 sudu makan susu manis
2 cawan santan pekat
Daun pisang dilayur atas api
Gambar pais jagung/ lepat jagung kukus |
Cara Memasak Kuih Lepat Jagung / Pais Jagung
1. Satukan kesemua bahan di atas kecuali
daun pisang.
2. Masak bahan tersebut di dalam kuali
menggunakan api sederhana. Pada masa yang sama, sentiasa kacau adunan hingga
menjadi pekat.
3. Daun pisang yang telah lembut dilayur
atas api, sapukan sedikit minyak masak di atas daun tersebut, bertujuan supaya
kuih tak melekat, mudah tanggal dari daun pisang.
4. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam daun
pisang, kemudian lipat.
5. Kukus kuih lepat jagung selama 20
minit. Siap!
Sekian perkongsian resepi pais jagung/ lepat jagung kukus, apa kata anda cuba sendiri. Boleh follow
video di atas panduan memasak lepat jagung, pasti memudahkan kerja anda. Belajar
masak kue pais jagung. Yummy! Saya dah buat! Memang sedap lah kuih lepat jagung
hasil air tangan sendiri. Jangan lupa cuba resepi ni tau.
No comments:
Post a Comment