Sinopsis Novel Mr Hot Guy Karya Danisyarahmat

Sinopsis Novel Mr Hot Guy Karya Danisyarahmat

Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku TV3 adaptasi novel Mr Hot Guy - Mr Hot Guy mengisahkan seorang jejaka bernama Luqman Hakimi yang konon-kononnya menyahut cabaran menggoda seorang gadis kampung bernama Nurin. Siapa sangka, siapa menduga ianya berakhir dengan tercetusnya rasa cinta sebenar.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.

“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”

“I tinggalkan you”

“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.”

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

“Hai… Saya Luqman Hakimi. Boleh berkenalan? Nama siapa eh?”

“Kalau saya bagi tahu nama saya, kenapa? Cik abang nak buat apa?”

“Saja nak berkenalan. Boleh, cik adik?”

“Boleh… Tapi ada syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Baca Surah al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya.”

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.

Kaedah pertama Gold and diamond
Kaedah kedua Hugs and Kisses
Kaedah ketiga Sleep tight

Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus.

Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

“Rasakan bos jahat! Bos gatal! Bos gila!!”

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hot Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya? Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel Mr Hot Guy di bookstore berdekatan.

Gambar Novel Mr Hot Guy 

Sinopsis novel Mr Hot Guy, review, ulasan novel Mr Hot Guy, drama Lelaki Itu Pemiliik Hatiku TV3 adaptasi novel Mr Hot Guy, gambar novel Mr Hot Guy, penulis novel Mr Hot Guy - Danisyarahmat, harga novel Mr Hot Guy
Penulis novel Mr Hot Guy: Danisyarahmat
Harga novel Mr Hot Guy: RM27
Drama adaptasi novel sering menjadi pilihan pengarah dan penerit. Kalau nak tahu, novel Mr Hot Guy juga antara karya yang dijadikan drama tv. Nanti kita tonton kat tv k.

Novel Mr Hot Guy merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2017. Jom dapatkan novel Mr Hot Guy di pasaran!

No comments:

Post a Comment