Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan

Resepi Lepat Pisang Sedap Dan Mudah

Teringin nak makan kuih pais pisang, ada yang memanggilnya lepat pisang. Terus jari pantas menaip di dada google cari pasal resepi lepat pisang dalam loyang. Al maklum la, ngidam. Hmmm, pregnant kali ni rasa nak makan lepat pisang kukus; makanan mengidam ibu mengandung oi. Dah buat, dah makan, baru senang hati. Menjadi laa. So, kalau korang nak buat kuih lepat pisang inti kelapa, boleh follow resepi ni, sedap!! Lihat video cara masak lepat pisang santan di bawah, easy like peanut!


Bahan-Bahan Masak Lepat Pisang

Berikut merupakan bahan yang diperlukan untuk menyiapkan hidangan kuih lepat pisang:
2 cawan pisang (dilenyek)
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
½ cawan kelapa parut
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula apong / gula melaka
3 sudu makan santan pekat
Daun pisang dilayur atas api

resepi lepat pisang sedap, resipi pais pisang mudah, cara buat kuih lepat pisang santan, resepi lepat pisang tepung beras makanan mengidam ibu mengandung, video cara masak lepat pisang inti kelapa, belajar masak kue pais pisang
Gambar kuih lepat pisang/ pais pisang

Cara Memasak Kuih Lepat Pisang

1. Satukan kesemua bahan di atas kecuali daun pisang.
2. Daun pisang yang telah lembut dilayur atas api, sapukan sedikit minyak masak di atas daun tersebut, bertujuan supaya kuih tak melekat, mudah tanggal dari daun pisang.
3. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam daun pisang, kemudian lipat.
4. Kukus kuih lepat pisang selama 20 minit. Siap!

Sekian perkongsian resepi lepat pisang sukatan cawan, apa kata anda cuba sendiri. Boleh follow video di atas panduan memasak lepat pisang sedap, pasti memudahkan kerja anda. Belajar masak kue pais pisang. Yummy! Saya dah buat! Memang sedap lah kuih lepat pisang hasil air tangan sendiri. Jangan lupa cuba resepi ni tau.

No comments:

Post a Comment