Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku TV3

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku TV3

 Lelaki Itu Pemilik Hatiku mengisahkan Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila. Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.

sinopsis drama lelaki itu pilihan hatiku tv3 lakonan raja afiq dan puteri aishah, pelakon dan gambar drama lelaki itu pemiliik hatiku tv3, ost lagu tema drama lelaki itu pemilik hatiku
Tonton lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah menerusi drama TV3: Lelaki Itu Pilihan Hatiku

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya? Saksikan segalanya dalam drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku di kaca tv anda.

Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku TV3

Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi
Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila
Syazuwan Hassan sebagai Aiman
Julia Farhana Marin sebagai Adrea
Natasya Mahyan sebagai Yani
Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, Ariff Aziz, Jaja Iliyes, Adiba Yunus, Anne Arifin

OST Lagu Tema Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Original sound track Lelaki Itu Pemilik Hatiku
Tajuk: Menahan Rindu
Penyanyi: Wany Hasrita

Gambar Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku TV3 

sinopsis drama lelaki itu pilihan hatiku tv3 lakonan raja afiq dan puteri aishah, pelakon dan gambar drama lelaki itu pemiliik hatiku tv3, ost lagu tema drama lelaki itu pemilik hatiku
Tonton lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah menerusi drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku di kaca tv anda

Saksikan drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku
Tarikh Lelaki Itu Pemilik Hatiku disiarkan: 31 Oktober 2017
Jumlah episod drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku: 32
Lelaki Itu Pemilik Hatiku episod akhir – episod 32
Hari: Isnin-Khamis
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment