Bonus & Dividen ASB Tahun 2017: 8.25 Sen Seunit

Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) Tahun 2017 

Dividen ASB Bagi Tahun 2017 7.00 Sen Seunit | ASNB umum agihan pendapatan ASB tahun ini 7.00 sen seunit. Meningkat dari dividen ASB tahun lepas (2016) sebanyak 25 sen.


Bonus Dan Dividen ASB Tahun 2017: 0.25 + 1.00 + 7.00 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan / dividen ASB sebanyak 7.00 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Pengumuman dividen ASB 2017 tarikh keluar diwar-warkan pada 22 Disember 2017.

Bonus ASB Tahun 2017 0.25 Sen Seunit

Bagi bonus ASB tahun 2017, ASNB umumkan pemberian 0.25 sen seunit. Menurun berbanding bonus tahun lepas (2016) sebanyak 0.25 sen.

Bonus Istimewa ASB 2017 1.00 Sen Seunit

Menariknya, tahun 2017 ni PNB berbesar hati nak bagi bonus tambahan. Nilai yang cukup besar iaitu sebanyak 1.00 sen. Pemberian bonus istimewa sempena 40 tahun PNB sebanyak 1.0 sen seunit bagi baki setakat 10,000 unit pertama. Bonus istimewa ini hanya akan dibayar pada 1 Mac 2018.

kadar dividen amanah saham bumiputera (asb) tahun 2017, asnb umum agihan pendapatan asb tahun 2017 8.25 sen seunit, bonus istimewa asb 2017, dividen asb 2017 8.25 sen seunit, bonus asb 2017 25 sen seunit, beza dividen asb tahun 2017 – 2016
Bonus dividen ASB 2017

Pembayaran dividen ASB berjumlah RM10.7 bilion akan dimanfaatkan 9.1 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera yang melanggan 145.6 bilion unit ASB - Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Beza dividen ASB tahun 2017 - 2015
Tahun berakhir 31 Disember
2015
2016
2017
 Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.25
6.75
7.00

Berdasarkan jadual di atas, agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun 2016 meningkat 0.25 sen berbanding tahun 2016. Tahun 2017, dividen ASB diumumkan 7.00 sen seunit. Manakala tahun 2015, dividen ASB diumumkan 7.25 sen seunit.

Bila boleh kemas kini penyata akaun ASB? 
Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang ASB secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 2 Januari 2018. Jadi, 2 Januari tahun depan, boleh la update penyata Amanah Saham Bumiputera (ASB) kat ejen ASNB. Bagi yang dah daftar portal MyASNB tu senang lah, boleh refer je kat situ.

Kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau ejen ASNB digantung bermula 20 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018 bagi membolehkan pengiraan pengagihan pendapatan / pengagihan dividen dilakukan. Nak cepat, boleh buat sendiri pengiraan dividen ASB.

Dividen ASB dari tahun 2013 hingga 2017
Tahun berakhir 31 Disember
2013
2014
2015
2016
2017
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.70
7.50
7.25
6.75
7.00

Agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2017 naik sedikit. Tahun 2013, dividen ASB diumumkan 7.70 sen seunit. Turun 20 sen pada 2014, kemudian turun lagi 25 pada 2015, turun lagi 50 sen pada tahun 2016, naik sebanyak 25 sen pada 2017. Perbandingan dividen tahun 2013 dan 2016, dividen ASB turun sebanyak 70 sen.

Bonus ASB dari tahun 2013 hingga 2017
Tahun berakhir 31 Disember
2013
2014
2015
2016
2017
Bonus seunit (sen)
1.00
1.00
0.50
0.50
0.25
+ 1.00

Bonus ASB juga semakin menurun. Tahun 2013, bonus ASB diumumkan 1.00 sen seunit. Kekal pada 2014, kemudian turun lagi 50 sen pada 2015, kemudiannya kekal 0.50 sen pada tahun 2016. Perbandingan bonus tahun 2013 dan 2016, bonus ASB turun 50 sen. turun lagi kepada 0.25 sen pada 2017. Namun, ada diberikan bonus istimewa ASB sebanyak 1.00 sen seunit.

Makluman bersama:
Untuk pengetahuan anda, ada 2 jenis akaun ASB: 1. ASB 2. ASB 2

Pembayaran pengagihan pendapatan tabung ASB akan dilaksanakan melalui pelaburan semula dalam bentuk unit secara automatik yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 2 Januari 2018. Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASB menerusi sijil, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun mereka yang berkenaan.

So dah dengar pasal pengumuman agihan pendapatan bonus dan dividen ASB tahun 2017: 8.25 sen seunit. Ada banyak sinyum? Jom kita menambah pelaburan ASB berganda-ganda lepas ni. Menabung bagus untuk masa depan.

No comments:

Post a Comment