Telefilem Jauh (Astro)

Sinopsis Jauh (Astro) 

Jauh mengisahkan hubungan Ika dan tunangnya yang menjadi berantakan apabila Ika tiba-tiba merasa tidak pasti dengan perasaannya sendiri lalu membawa diri ke luar negara. Segalanya bermula apabila Ika bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tidak mempunyai perasaan terhadap Zahar dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinannya.

Apabila Ika tiba di UK yang mana ketika itu Ika datang untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana Ika jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta mulai berputik di antara mereka. Namun, Sofi cuba membuatkan Ika menjauhkan diri dari Fikri hanya kerana Sofia menyukai Fikri. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar.

Dia dihalau oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Ika cuba bersabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Dengan bantuan Jaja, Fikri memahami Ika. Fikri tidak mahu memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan. Akhirnya Ika sedar bahawa cinta Fikri adalah ikhlas. Ika dan Fikri akhirnya berkahwin. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Jauh di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Jauh

Ady Putra
Fauziah Gous
Anzalna

Gambar Telefilem Jauh

Sinopsis telefilem Jauh siaran Astro, pelakon dan gambar telefilem Jauh
Tonton lakonan Ady Putra menerusi telefilem Jauh di kaca tv anda

Saksikan telefilem Jauh
Tarikh Jauh disiarkan: 24 Disember 2016
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

1 comment:

  1. Kepala Bergetar Kepala Bergetar adalah sebuah blog informasi, berkongsi info drama, Drama Terkini, Telemovie TV terbaru dan Isu Semasa tempatan di Malaysia.
    http://layandrama.co/

    ReplyDelete