Sinopsis The Legend Of The Blue Sea

Sinopsis Drama Korea The Legend Of The Blue Sea

The Legend Of The Blue Sea mengisahkan puteri duyung bernama Shim Chung (Jun Ji Hyun) hidup beratus tahun dan akhirnya berjumpa kembali lelaki yang dicintainya. Shim Chung yang hanya hidup di laut telah dibawa naik ke darat dan tinggal bersama manusia. Bermulanya adegan pelik dan penuh janggal mengenali persekitaran baru dan mula belajar cara percakapan, makanan dan kehidupan manusia.

sinopsis drama korea the legend of the blue sea, review cerita the legend of the blue sea episod akhir – episod 20, pelakon dan gambar the legend of the blue sea
Tonton drama Korea The Legend Of The Blue Sea lakonan Lee Min Ho

 Heo Joon Jae (Lee Min Ho) adalah jejaka yang amat penting dalam hidup Shim Chung. Mereka bercinta dari zaman lama iaitu ketika zaman Joseon, hingga menemuinya kembali di zaman moden. Bagi Heo Joon Jae, Shim Chung seorang wanita yang pelik dan perwatakannya itu membuatkan dirinya tertarik pada Shim Chung.

Heo Joon Jae seorang penipu, pencuri dan perompak. Dia boleh membuat hipnosis kepada mangsanya hingga membuatkan mangsanya dipukau. Dengan kelebihan itu, dia mencuri wang simpanan milik mangsanya.

Jo Nam Doo (Lee Hee Joon) rakan Heo Joon Jae merupakan seorang penipu terulung. Dia mengajar Heo Joon Jae menjadi penipu jenius. Rakan Heo Joon Jae iaitu Cha Shi Ah (Shin Hye Sun) yang bekerja sebagai penyelidik di KAIST, merupakan satu-satunya harapan Shim Chung agar dapat bertahan hidup di dunia barunya.

Shim Chung berjumpa dan bercinta dengan Heo Joon Jae di Sepanyol kemudiannya. Namun, kerana rintangan Shim Chung memadam ingatan Heo Joon Jae menyebabkan Heo Joon Jae lupa pada apa yang berlaku. Namun gambar mereka berdua dalam handphone Heo Joon Jae, menyebabkan Heo Joon Jae tertanya-tanya siapa wanita tersebut.

Shim Chung kembali ke laut. Heo Joon Jae pula kembali ke Korea. Shim Chung dari laut mengejar pesawat Heo Joon Jae dan akhirnya tiba ke Korea. Di situ, jodohnya disatukan kembali dengan Heo Joon Jae. Saksikan kisah seterusnya dalam drama Korea The Legend Of The Blue Sea di kaca tv anda.

The Legend Of The Blue Sea Lakonan Lee Min Ho Dan Jun Ji Hyun

The Legend Of The Blue Sea merupakan drama Korea yang sudah mula ditayangkan menerusi saluran 393 Astro One HD. Ramai yang teruja menonton gandingan pelakon kacak Korea iaitu Lee Min Ho dengan Jun Ji Hyun bekas pelakon My Love From The Star.

Menerusi drama The Legend Of The Blue Sea, ia berkisarkan kisah dongeng berkaitan ikan duyung yang popular ketika era Joseon. Malah dalam drama ni jugak, ikan duyung tersebut hidup beratus tahun lamanya dan jodohnya kekal pada lelaki bernama Heo Joon Jae (Lee Min Ho).

The Legend Of The Blue Sea Lagenda Ikan Duyung Korea

Siapa ikan duyung tersebut? Apa nama ikan duyung tersebut? Shim Chung (Jun Ji Hyun) nama yang diberikan oleh Heo Joon Jae kepadanya. Dari zaman-zaman terdahulu, Heo Joon Jae jatuh cinta pada ikan duyung Shim Chung. Namun disebabkan halangan, Shim Chung memadam ingatan Heo Joon Jae agar melupakan cinta abadi mereka.

Drama The Legend Of The Blue Sea, diadaptasi dari kisah lagenda zaman Joseon, di mana seorang nelayan telah menangkap dan melepaskan puteri duyung. Kemudiannya, anak seorang keluarga bangsawan di era Joseon dan telah jatuh cinta terhadap puteri duyung tersebut.

Pelakon The Legend Of The Blue Sea

Jun Ji-hyun sebagai Shim Chung
Lee Min-ho sebagai Heo Joon-jae / Kim Dam-ryeong
Lee Hee-joon sebagai Jo Nam-doo
Shin Hye-sun sebagai Cha Si-ah
Moon So-ri sebagai Ahn Jin-joo
Lee Ji-hoon sebagai Heo Chi-hyun
Shin Won-ho sebagai Tae-O
Choi Jung-woo sebagai Heo Gil-joong
Hwang Shin-hye sebagai Kang Seo-hee
Sung Dong-il sebagai Ma Dae-young
Park Hae-soo sebagai Hong Dong-pyo
Na Young-hee sebagai Mo Yoo-ran
Shin Rin-ah sebagai Yoo-na

OST Original Sound Track The Legend Of The Blue Sea

OST lagu tema drama The Legend Of The Blue Sea
Lagu: Love Story
Penyanyi: Lyn

Lagu: A World That Is You
Penyanyi: Yoon Mi-rae

Lagu: Lean on You
Penyanyi: Jung-yup

Lagu: Shy Boy
Penyanyi: Ha Hyun-woo

Gambar Drama The Legend Of The Blue Sea 

sinopsis drama korea the legend of the blue sea, review cerita the legend of the blue sea episod akhir – episod 20, pelakon dan gambar the legend of the blue sea
Tonton lakonan Lee Minn Ho menerusi drama The Legend Of The Blue Sea di kaca tv anda

Saksikan drama The Legend Of The Blue Sea
Jumlah episod drama The Legend Of The Blue Sea: 20
The Legend Of The Blue Sea episod akhir – episod 20
Hari: Khamis - Jumaat
Jam: 9.00 malam
Saluran: 393

1 comment: