Sinopsis Drama Jejak Karmila TV3

Sinopsis Drama Jejak Karmila TV3

 Jejak Karmila mengisahkan Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT.

Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain.

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila.

Siapakah sebenarnya Karmila? Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya? Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri? Saksikan segalanya dalam drama Jejak Karmila di kaca tv anda.

Pelakon Drama Jejak Karmila TV3

Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Asyraf Aley sebagai Syed Haikal
Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Wan Sharmila, Duerra Mitilda

Gambar Drama Jejak Karmila TV3


Sinopsis drama Jejak Karmila TV3, pelakon dan gambar drama Jejak Karmila TV3, Jejak Karmila episod akhir – episod 13
Tonton lakonan Ogy dan Mia Ahmad menerusi drama Jejak Karmila di kaca tv anda

Saksikan drama Jejak Karmila
Tarikh Jejak Karmila disiarkan:  2016
Jumlah episod drama Jejak Karmila: 13
Jejak Karmila episod akhir – episod 13
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment