Program Duo Star Di Astro Ria

Tonton Penyanyi Duet Dalam Rancangan Duo Star Di Astro Ria

Tahniah buat 16 penyanyi Malaysia yang menyertai program Duo Star rancangan terbaru di Astro Ria, menyanyi secara duet! Best! Setiap kumpulan ada 2 peserta menjadikannya kesemua 8 pasangan peserta Duo Star Astro. Teruja nak tengok program tv Duo Star ni. Khabarnya Duo Star mula disiarkan pada 25 Disember 2016.

Senarai Peserta Duo Star

Artis yang masuk Duo Star musim 1 antaranya:
Syamel & Ernie Zakri
Asfan & Aweera
Awi Rafael & Kaka Azraff
Ila Damiaa & Yasin
Haiza & Epul Drama Band
Ronnie Hussein & Sarah Fazny
Harris Baba & Ning Baizura
Firman & Ayai

Duo Star bakal memperlihatkan peserta berpadu suara dalam mencari keserasian sebagai pasangan duet bagi membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing. Malah kita juga akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi profesional secara duet.

Gambar Peserta Duo Star Astro

tonton konsert duo star astro, senarai peserta duo star musim 1, gambar duo star, hos dan juri duo star musim pertama, hadiah pemenang duo star astro 2016
Tahniah buat kesemua 16 peserta Duo Star

Hos Dan Juri Duo Star Musim Pertama

Persembahan peserta Duo Star akan dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada Datuk Acis, Datuk Hattan dan Adibah Noor. Hos Duo Star pula ialah Datuk AC Mizal.

Hadiah Pemenang Duo Star

Juara Duo Star menerima hadiah wang tunai RM100,000 manakala naib juara Duo Star RM50,000 berserta trofi. Pasangan duo terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 tajaan Aurawhite dan baucar Go Shop bernilai RM1,000.

Saksikan Konsert Duo Star setiap minggu
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

No comments:

Post a Comment