Lirik Zikir Tidurkan Anak

Lirik Zikir Tidurkan Anak Ya Zaljalali Wal Ikram

Ramai yang meminta agar disediakan lirik zikir tidurkan anak iaitu Ya zaljalali wal ikram. Alhamdulillah sempat menyiapkan lirik zikir dodoikan anak ni pada hari ni. Sambil kita dengar zikir ni, kita sekali mengungkapkan berzikir bersama. Malah anak yang sering diperdengarkan bacaan zikir tidur ni akan terhafal secara tak langsung. Subhanallah, sambil mengalunkan zikir tidurkan bayi, kita turut mendapat pahala.

Lirik Zikir Tidurkan Anak

La Ilaha illallah
La Ilaha illallah
La Ilaha illallah
Muhammadur rasulullah

Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Amitna 'ala dinil islam
(ulang semula dari atas)

Video Zikir Tidurkan Anak

Perdengarkan: ZIKIR TIDURKAN ANAK (klik)

lirik zikir tidurkan anak ya zaljalali wal ikram amitna 'ala dinil islam, maksud kalimah la ilaha illallah muhammadur rasulullah, maksud dan pengertian ya zaljalali wal ikram amitna 'ala dinil islam
Zikir tidurkan anak sering dipasang ketika anak hendak tidur hingga anak terlena

Maksud kalimah La Ilaha illallah Muhammadur rasulullah

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah"

Maksud dan pengertian Ya zaljalali wal ikram Amitna 'ala dinil islam

“Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam”

Moga perkongsian lirik zikir tidurkan anak memberi manfaat buat semua. Boleh download zikir ni di YouTube dan letak dalam handphone. Senang nak buka zikir ni setiap kali anak kita nak tidur.

5 comments:

  1. jom pakat2 berusaha menjadi ahli zikir yg selalu mengingati Allah. http://datoksirkronik.blogspot.my/search?q=zikir

    ReplyDelete
  2. Sharing is caring 🙏

    ReplyDelete
  3. Saya minta izin share ye...Terima kasih

    ReplyDelete