Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan

Caj Rawatan Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan 2017

Gigi depan berlubang! Alamak nak tampal gigi depan la. Malu la gigi depan berlubang. Eh tampal gigi depan patah separuh pun boleh. Biasa memang kita dapatkan rawatan doktor pergigian untuk tampal gigi geraham. Tampal gigi in English dipanggil tooth filling. Apa tips selepas tampal gigi? Meh share. Harga tampal gigi caj RM2 ataupun bayar RM25? Nak tahu? Baca selanjutnya di bawah.


harga tampal gigi klinik kerajaan, tampal gigi depan patah separuh, tampal gigi geraham, gigi depan berlubang, tips selepas tampal gigi, tampal gigi in english
Gigi depan berlubang jom tampal gigi di klinik kerajaan

Harga Menampal Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan

Caj sediada rawatan pergigian pesakit luar (warganegara) di fasiliti kementerian kesihatan kekal. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa caj rawatan pergigian sediada bagi pesakit kelas 3 (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) adalah dikekalkan. Ini bermakna, pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian tetap membayar caj yang rendah pada kadar subsidi yang amat tinggi dibiayai oleh Kerajaan. Kerajaan sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi pada kadar yang berpatutan. Misalnya, pesakit sekadar membayar:  RM2 untuk tampalan gigi


Dimaklumkan bahawa semakan caj pergigian dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah hanya melibatkan pengurangan subsidi bagi pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 (inpatient) seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Oleh itu, KKM ingin menegaskan bahawa Kerajaan sememangnya terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan berkualiti tinggi pada kadar yang amat rendah kepada semua Rakyat Malaysia. - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia (6 Februari 2017)

harga tampal gigi klinik kerajaan, tampal gigi depan patah separuh, tampal gigi geraham, gigi depan berlubang, tips selepas tampal gigi, tampal gigi in english
Harga tampal gigi klinik kerajaan

Bayar RM2 Caj Menampal Gigi Klinik Kerajaan - Pesakit Luar

Berdasarkan memo di atas, KKM mengesahkan pesakit kelas 3 (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) hanya perlu bayar RM2 untuk tampal gigi di klinik kerajaan.

Bayar RM25 Tampalan Gigi Klinik Kerajaan - Pesakit Kelas 1 & 2

Manakala pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 (inpatient) perlu membayar RM25 untuk menampal gigi di klinik kerajaan. Harga lama tampalan gigi sebelum ni adalah RM2, namun akibat pengurangan subsidi pada golongan ini, maka bayaran caj tampal gigi klinik pergigian kerajaan dinaikkan RM25.

Pengalaman Tampal Gigi Di Klinik Kerajaan

Tampal gigi..agak ngilu sedikit. Tak sakit. Ngilu-ngilu manja je. Sekolah rendah dulu selalu tampal gigi. Bila doktor gigi datang sekolah kemain nervous. Takut kena cabut gigi! Dah besar tak takut ar. Zaman kecik je takut bab-bab cabut gigi ni.


Yang bestnya, masa sekolah rendah doktor tak ada cabut gigi, hanya perlu tampal gigi yang berlubang je. Terutamanya gigi geraham.

Sekian, makluman harga tampal gigi klinik kerajaan. Kalau korang lihat ada tanda gigi korang nak berlubang, jangan dibiarkan. Datang berjumpa doktor gigi. 

No comments:

Post a Comment