PTPTN Umum Dividen SSPN-i & SSPN-i Plus 2016: 4 Peratus

PTPTN Umum Dividen SSPN-i & SSPN-i Plus Tahun 2016 Sebanyak 4 Peratus

Berapa dividen SSPN-i dan SSPN-i Plus 2016? Tahniah buat pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus, dapat agihan dividen sebanyak 4%. Pengumuman agihan pemberian dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2016 telahpun diwar-warkan oleh pihak PTPTN.

Kadar 4 peratus dividen SSPN-i/SSPN-i Plus tahun 2016 ini adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang telah diterima oleh PTPTN.
Agihan dividen dijangka dikreditkan kepada akaun pendeposit pada bulan ini.

Buat akaun SSPN-i untuk anak

Buat ibu bapa semua, digalakkan membuat akaun SSPN-i untuk anak masing-masing. Dengan wang tabungan ni nanti boleh digunakan bila anak melanjutkan pelajaran masuk ke kolej atau universiti. Menabung dari awal banyak kelebihan. Duit terurus untuk perbelanjaan sekolah anak bila dewasa kelak. Manfaat menabung dengan SSPN-i dan SSPN-i Plus, selain ada hadiah ditawarkan, kita dapat kelebihan menerusi pemberian dividen setiap tahun. Beranak pinak duit dalam simpanan.


Dividen SSPN-i dan SSPN-i Plus buat pendeposit berbaloi menabung

Setiap tahun ada dividen. Simpan, tahun depan dapat faedah dividen. Seronok menikmati pulangan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Dividen SSPN 2016 diumumkan 4 peratus. Tahun depan, agaknya berapa dividen SSPN 2017? Kita tengok nanti.

ptptn umum dividen sspn-i & sspn-i plus 2016: 4 peratus, buat akaun sspn-i untuk anak, kelebihan menabung sspn-i dan sspn-i plus
PTPTN umum dividen SSPN-i & SSPN-i Plus 2016 sebanyak 4 peratus 


Kisah PTPTN lagi..

Berita gembira bila PTPTN umum dividen SSPN-i & SSPN-i Plus 2016 sebanyak 4 peratus. Teruskan penabungan di dalam SSPN-i/SSPN-i Plus demi masa hadapan yang terjamin. Amalkan budaya menabung sejak anak dari kecil lagi. Simpan, simpan, simpan, menabung dalam SSPN untuk jaminan masa depan!

No comments:

Post a Comment