Biodata Daniel Tyler Mat Dan Kaki Jalan

Biodata Daniel Tyler Mat Dan Kaki Jalan

Siapa Mat Dan? Yang pernah tengok rancangan Kaki Jalan siaran Astro pasti mengenali Mat Dan. Nama sebenarnya Daniel Tyler, orang England. Apa yang hebat pasal Mat Dan? Pasal Mat Dan boleh bercakap bahasa Melayu dengan fasih! Terlopong nengok Mat Dan boleh cakap loghat Terengganu.

Biodata daniel tyler mat dan kaki jalan, biodata mat dan, mat dan instagram, lagu mat dan, mat dan masuk islam, mat dan kahwin
Tonton Mat Dan Kaki Jalan

Asal dengar lagu mok (lagu mat dan), nasik ngan kuah singgang cepat-cepat duduk menghadap tv. Nak nengok rancangan travel Mat Dan menjelajah seluruh Malaysia. Setakat ni aku sempat tengok Mat Dan Kaki Jalan episod Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu. Eh ada lagi episod Mat Dan Kaki Jalan terbaru, yang akan datang, kena stay tune depan tv setiap hari Khamis jam 9.30 malam.

Biodata Profil Daniel Tyler Mat Dan

Berikut merupakan latar belakang Daniel Tyler yang lebih dikenali sebagai Mat Dan, selaku pengacara rancangan tv Mat Dan Kaki Jalan:
Nama Mat Dan sebenar: Daniel Tyler
Nama Islam Mat Dan: Kareef Daniel Abdullah
Tarikh lahir: Tahun 1990
Umur: 27 tahun (2017)
Agama: Islam
Asal: Bristol, England
Keturunan: Inggeris
Hobi: Melancong
Program tv: Mat Dan Kaki Jalan (Astro)

Instagram Mat Dan

Nak tengok kehenseman Mat Dan hari-hari juga tempat yang Mat Dan lawati, follow instagram Mat Dan di sini: https://www.instagram.com/mat_dan1/

Gambar Mat Dan 

Biodata daniel tyler mat dan kaki jalan, biodata mat dan, mat dan instagram, lagu mat dan, mat dan masuk islam, mat dan kahwin
Mat Dan merupakan pengacara tv rancangan Kaki Jalan siaran Astro


Mat Dan Masuk Islam

Ketika datang ke Malaysia umur Mat Dan 19 tahun. Kemudian fasih berbahasa Melayu lepas duduk kat Malaysia 3-4 tahun. Mat Dan kemudiannya memeluk agama Islam dengan memilih nama Kareef Daniel Abdullah, yang kini lebih popular dengan nama Mat Dan, yang juga merujuk nama asalnya Daniel Tyler.

Mat Dan Kahwin

Fuh! Fuh!! Soalan panas ni. Mat Dan dah kahwin ke? Siapa isteri Mat Dan? Teringin nak tengok bini Mat Dan. Ada ke? Hihihi.. Rasanya Mat Dan ni masih single. Sebab dalam tv dia asyik cakap, “nanti nak bawak awek kat sini la”. Haa bermakna Mat Dan masih single.

Terkezut kan nengok orang luar boleh fasih dengan hebatnya bahasa kita. Lepas baca biodata Daniel Tyler Mat Dan Kaki Jalan lepas ni korang tengok la rancangan jalan-jalan Mat Dan meronda satu Malaysia. Sambil belajar loghat Terengganu ngan Mat Dan. Mat Dan ajar. Hihi..

No comments:

Post a Comment