Sinopsis Sinetron Dia Bukan Anakku TV3

Sinopsis Sinetron Dia Bukan Anakku TV3

Review Dia Bukan Anakku Sinetron Indonesia Di TV3 | Dia Bukan Anakku mengisahkan Evita (Arumi Bachsin) merupakan seorang gadis yang cantik. Evita mempunyai kerjaya sebagai pengacara tv. Program tv dikendalikan Evita mendapat sambutan hangat di kalangan penonton. Ia berkaitan jejak kasih ahli keluarga. Menyatukan ahli keluarga yang telah lama terpisah.

Di sebalik kejayaan kerjayanya mengacara rancangan tv, Evita menyimpan hasrat untuk mencari adiknya iaitu Mira (Ariel Tatum), yang telah hilang ketika kecil. Selama 12 tahun Evita berusaha mencari jejak Mira. Selama itu juga Evita kehilangan kasih sayang ibunya, Hera (Meriam Bellina), yang selalu menyalahkannya akan hilangnya Mira, anak kandungnya, gara-gara Evita lalai menjaga adiknya ketika berada di stesen kereta api.


Evita merupakan anak angkat kepada Hera dan Reyhan (Anwar Fuady), yang diambil dari rumah anak yatim. Evita begitu bertuah kerana mempunyai kekasih yang memahami. Kevin (Miller) jejaka yang dicintai Evita. Evita tidak pernah menceritakan kisah silam Mira terhadap
Kevin.

Siapa sangka, Mira masih lagi hidup. Namun dia dikenali sebgaai Annisa. Annisa langsung tidak tahu asal usul keluarganya. Cuma dia hanya memiliki sehelai selendang sutera. Annisa sangat mengagumi Evita. Atas dorongan sahabatnya, Annisa datang bertemu Evita dan menyampaikan keinginannya untuk bertemu keluarganya, berbekalkan sedikit informasi yang dia ada.

Suatu hari Evita menerima beritamenggemparkan bahawasanya ada seorang wanita mengaku sebagai ibunya. Evita bingung, kerana wanita itu mengetahui seluruh kisah hidupnya. Evita berusaha menenangkan dirinya. Akibat merasa tertekan, Evita tiba-tiba pengsan.


Miko (Glenn Alinskie), seorang seniman jalanan menolong Evita. Pada awalnya Evita menuduh Miko yang bukan-bukan. Untuk menebus rasa bersalahnya, Evita berjanji pada Miko untuk membantunya mencari rakan karibnya. Kehadiran Miko membuatkan Kevin rasa cemburu. Saksikan segalanya dalam drama Sinetron Dia Bukan Anakku di kaca tv anda.

Pelakon Sinetron Dia Bukan Anakku TV3

Arumi Bachsin sebagai Evita
Ariel Tatum sebagai Mira
Meriam Bellina sebagai Hera
Anwar Fuady sebagai Reyhan
Miller sebagai Kevin
Glenn Alinskie sebagai Miko
Dina Lorenza sebagai (Ibunya Kevin)
Hanna Hasyim sebagai Ambar (Ibunya Evita)

OST Lagu Tema Dia Bukan Anakku TV3

Lagu: Ku Ingin Selamanya
Penyanyi: Ungu

Gambar Sinetron Dia Bukan Anakku TV3

Sinopsis Sinetron Dia Bukan Anakku TV3, pelakon dan gambar Sinetron Dia Bukan Anakku TV3
Tonton lakonan Arumi Bachsin menerusi Sinetron Dia Bukan Anakku di kaca tv anda

Saksikan drama Dia Bukan Anakku
Tarikh Dia Bukan Anakku disiarkan: Februari 2017
Jumlah episod drama Dia Bukan Anakku: 27
Dia Bukan Anakku episod akhir – episod 27
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 4.00 petang
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment