Senarai Sekolah Guna Aplikasi MySekolah

Senarai 5 Sekolah Menggunakan Aplikasi PEPATIH MySekolah | Sekolah mana yang menggunakan aplikasi MySekolah? Adakah sekolah anak-anak kita juga terlibat dengan aplikasi ini. Macam mana nak semak senarai nama sekolah guna aplikasi MySekolah?

Beruntungnya jika pihak sekolah tempat di mana anak kita belajar menggunapakai sistem aplikasi PEPATIH MySekolah? Mengapa? Sebab dengan adanya sistem ni kita boleh memantau pergerakan, aktiviti anak kita di sekolah.

senarai 5 sekolah menggunakan aplikasi pepatih mysekolah, kelebihan guna aplikasi pepatih mysekolah, gambar aplikasi mysekolah, nama sekolah terlibat aplikasi mysekolah
Gambar aplikasi MySekolah

Anak ponteng sekolah, anak escape keluar dari kawasan sekolah. Pasti runsing hati ibu bapa, bahkan penjaga bila dimaklumkan oleh pihak sekolah anak tidak hadir ke sekolah, padahal awal-awal pagi mereka menghantar anak mereka sampai ke depan gate sekolah.

Penggunaan aplikasi MySekolah sangat bermanfaat, boleh membendung gejala ponteng sekolah di kalangan murid. Dengan adanya sistem canggih mengesan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari, ia melegakan hati ibu bapa, ada bukti di mana anaknya berada ketika itu. Berikut merupakan senarai sekolah yang menggunakan cap jari dan aplikasi MySekolah untuk sistem kehadiran murid:

Senarai 5 Sekolah Guna Aplikasi MySekolah
Kuala Lumpur - SMK Batu Muda, SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, SMK Sungai Besi
Melaka - SMK Selandar
Selangor - SMK Hillcrest

5 sekolah yang bertuah, bahkan ibu bapa juga bertuah dapat mengakses perkembangan anak mereka di sekolah tersebut, hanya menerusi aplikasi MySekolah. Harapnya penggunaan aplikasi MySekolah akan diperluaskan lagi ke sekolah yang lain.


Artikel bestnya kalau ada aplikasi MySekolah:

No comments:

Post a Comment