Cara Download Pokemon Go Di Android

Cara Download Pokemon Go Di Handphone Android | Nak main Pokemon Go tapi tak dapat? Tak dapat install di play store. Tak jumpa di google play. Macam mana nak download game Pokemon Go ni erk? Adakah anda tercari-cari cara untuk download Pokemon Go di android. Mungkin artikel ini membantu anda merasai kehebatan bermain tangkap Pokemon!

Tapiiiii…sebelum tu, ada sedikit pesanan. Nasihat sebelum main, jangan leka dan lalai melayan game Pokemon Go ni seharian. Utamakan tugas utama anda. Main Pokemon Go hanya untuk isi masa lapang sahaja. Jangan terlalu obses. Jangan terlalu teruja sampai melalaikan! Jangan cuai hingga mengakibatkan kemudaratan. Ingat! Utamakan keselamatan diri dan berwaspada ketika bermain Pokemon Go.

Penting! Ketahui: BAHAYA MAIN GAME POKEMON GO

Hanya sesetengah peranti telefon sahaja yang support game Pokemon Go. Mudah untuk mereka download dan install Pokemon Go di handphone. Telefon pintar aku yang canggih tu pun tak dapat jugak search game Pokemon Go di play store. Samsung S4. Memang tak keluar pun game tu kat google play.

Rupanya game tu hanya keluar di skrin play store untuk model handphone tertentu je. Plus internet kena kuat, laju, GPS jugak. Jadi baru aku tahu mengapa game Pokemon Go tu tak tersenarai dalam play store handphone aku ni. Sedih..sob sob..

Tapi aku takde la desperate sangat nak main. Cuma nak merasai apa kehebatan main Pokemon Go ni sampai orang tergila-gilakan nak main. Orang kata masa tangkap Pokemon tu macam kena renjatan elektrik. Ye ke? Tu yang bikin hati aku nak tahu.

So far, aku bukanlah kaki game. Walaupun dalam handphone aku ni berlambak game. Install buat koleksi je. Haha.. Harap story dan penerangan aku kat atas tu bagi kesedaran kat korang, jangan terlalu leka melayan game wokeh. Main untuk suka-suka je. Untuk isi masa lapang, main time korang boring. Kat bawah tu, cara korang muat turun / download game Pokemon Go. Khas untuk pengguna peranti Android.

Cara Download Pokemon Go Di Android

Cara 1: Klik link bawah ni dan download game Pokemon Go di telefon pintar anda
http://www.apkmirror.com/apk/niantic-inc/pokemon-go/pokemon-go-0-31-0-release/pokemon-go-0-31-0-android-apk-download/download/

Cara 2: Kalau cara kat atas tu tak berfungsi, means boleh download tapi tak dapat install, sila guna cara ke-2 ni
http://www.apkmirror.com/apk/niantic-inc/pokemon-go/pokemon-go-0-31-0-release/pokemon-go-0-31-0-2-android-apk-download/

Itulah cara download Pokemon Go di android. Kalau menjadi, tepuk tangan. Kalau tak menjadi, tak dapat install, mungkin bukan rezeki untuk korang bermain game Pokemon Go. Baca dari komen orang kat FB, menjadi kat hp mereka. Tapi hp aku tak menjadi. Tak ada jodoh dengan Pokemon Go lettew!

No comments:

Post a Comment