Jangka Hayat Botol Susu Bayi

Selepas mempunyai anak dan menyusukan anak dengan susu botol barulah aku tahu rupanya botol susu ni ada jangka hayat dia tersendiri. Aku ingatkan boleh pakai sampai bila-bila. Sampai boleh pass lagi kat anak kedua. Ooops doakan moga murah rezeki ku dapat second baby.

Rupanya botol susu ada tarikh luput, expire date. Lagi bahaya kalau botol susu tu ada kesan goresan akibat terlalu lama dipakai, kesan penggunaan berus yang salah seperti berus dawai. Hingga mengakibatkan botol susu tercalar.

Jangka hayat botol susu jenis BPA free - 6 bulan, jangka hayat botol susu BPA - 3 bulan, kesan bahaya guna botol susu terlalu lama, bahaya botol susu calar dan tergores, botol susu Pureen bebas BPA, tarikh luput botol susu, sampai bila boleh guna botol susu
Gambar botol susu baby Amirah, semestinya botol susu pilihanku adalah BPA free

Botol susu BPA yang tercalar akan mengeluarkan toksid yang mana membahayakan bayi bila minum air susu dalam botol tersebut. Jadi, tiliklah botol susu kita kat dapur tu, tengok mana yang calar teruk digantikan dengan yang baru.

Jangka hayat bagi botol susu jenis BPA free adalah 6 bulan. Ini bermakna, botol susu Pureen baby Amirah akan diganti bila usia dia menjangkau 9 bulan. Sebab hari tu, beli botol susu Pureen bebas BPA pada usia baby Amirah 3 bulan. 

Lagi kisah botol susu anak:
Harga botol susu thermos

No comments:

Post a Comment