5 Cara Penjagaan Payudara Semasa Hamil

Ketahui 5 Cara Penjagaan Payudara Semasa Hamil | Penjagaan payudara ketika hamil adalah penting. Ia bertujuan sebagai persiapan buat ibu mengandung untuk proses menyusui bayi kelak. Berikut merupakan tips penjagaan payudara ketika saat hamil dan mengandung.

5 Cara Penjagaan Payudara Semasa Hamil
1. Pernah merasai sakit payudara ketika hamil? Itulah situasi berlaku di mana bra yang digunakan oleh wanita mengandung / ibu hamil telah sempit. Jadi, bertukarlah kepada bra baru yang saiznya lebih besar. Faham-faham je la, bila dalam keadaan mengandung buah dada kita menjadi besar. Tetek / nenen akan sakit bila masih gunakan bra lama.

Bra (baju dalam) yang besar dan selesa akan membantu sirkulasi di sekitar payudara untuk lebih mudah dalam proses penghasilan susu dalam tempoh kehamilan tersebut.

2. Ini yang aku nak beli pada penghujung kehamilan, iaitu nak beli bra penyusuan. Rupanya susah juga nak cari dan beli bra penyusuan, bra ni tak di jual di pasaraya biasa. Rasanya butik ibu mengandung baru ada jual kot. Jadi aku frust tak dapat beli bra penyusuan.

Tips dalam membeli bra penyusuan: Pilih saiz bra penyusuan yang sesuai dengan ukuran payudara. Ukuran yang salah boleh menyebabkan jangkitan pada kelenjar susu.

tips penjagaan payudara ketika hamil dan mengandung, cara penjagaan payudara semasa hamil, penjagaan payudara semasa penyusuan, sakit payudara ketika hamil, cara merawat payudara ibu hamil
Tips penjagaan payudara ketika hamil dan mengandung

3. Memasuki kehamilan trimester kedua yang mana bermulanya usia hamil 4 bulan hingga akhir kehamilan, ibu mengandung digalakkan membuat senaman pada buah dada. Caranya: Memutar lembut puting payudara lebih kurang untuk tempoh 15 saat setiap sebelah sewaktu mandi. Tujuannya membantu sirkulasi di bahagian tersebut agar lebih mudah untuk menyusui bayi kelak.

4. Pada peringkat akhir kehamilan di usia hamil 9 bulan, ibu mengandung digalakkan untuk memicit atau mengurut lembut payudara terutama di sekitar aorela dan puting untuk membantu pembukaan saluran susu.

5. Elakkan membersihkan bahagian puting susu dengan sabun kerana ia boleh menyebabkan bahagian tersebut mengalami kekeringan. Sumber: Penjagaan buah dada semasa hamil

Itulah 5 cara penjagaan payudara semasa hamil, part nombor 4 dan 5 tu, aku pernah dengar taklimat menerusi misi kat klinik kesihatan. Seronoknya masa mengandung dulu, aku tak alami alahan mengandung yang teruk, alhamdulillah. Cuma part bersalin tu, sakit contraction sentiasa datang, tu yang paling menakutkan. Huhu.. Sungguhpun sakit, dalam kepala aku dah set nak baby ke 2 lagi. Hihihi.. Doakan aku moga dimurahkan rezeki.

No comments:

Post a Comment