Bayi Meragam Sembelit Tak Dapat Berak

Bayi Meragam Sembelit Tak Dapat Buang Air Besar (BAB) Sukar Berak | Runsing bila berdepan anak tak dapat berak. Baby Amirah mengalami sembelit selama 3 hari dah. Biasanya hari ketiga sembelit, aku dan hb akan masukkan ubat cecair enema. Supaya memudahkan dia untuk buang air besar.

Hari pertama sembelit, baby Amirah dah merengek-rengek. Terdengar dengusan dia meneran nak berak, tapi tahi tak juga keluar. Hari kedua, pun sama juga, kadang-kadang menangis, sambil cuba nak push taik. Kesian tengok. Hari ketiga, kami periksa perut dia, kalau keras kami akan masukkan ubat untuk berak.

Ini bukan kali pertama baby Amirah kena sembelit. Rasanya ni kali ke-3 dia sembelit. Menurut pembacaan aku kat blog doktor, sembelit ni berpunca dari susu formula. Sembelit biasanya terjadi usia bayi 4 bulan ke atas. Sumber: Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

Bayi meragam sembelit tak dapat buang air besar (bab) sukar berak, susu formula punca bayi sembelit, ubat enema bantu buang air besar, gambar bayi sembelit
Gambar bayi mengalami sembelit

Sah! Memang usia baby Amirah dah 4 bulan sekarang ni. Manakala penyusuan pula bergantung 100% pada susu formula. Susu formula dikatakan sukar dihadam bayi dan diserap masuk ke dalam usus bayi yang akhirnya menyebabkan punca sembelit. Bayi yang minum susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi menyusukan susu ibu.

Kesian kat anak mak. Sabar ye baby Amirah. Teran kuat-kuat. Mana tahu tahi tetibe keluar. Mudah-mudahan. Walaupun sembelit, tapi baby Amirah masih lagi kuat berkentut. Hihi.. Terasa vibrate kentut masa pangkukan dia.

No comments:

Post a Comment