Perkembangan Bayi Usia 9 Bulan

Usia baby Amirah bakal mencecah umur 9 bulan pada 29 April 2016. Apakah tingkah laku bayi ketika umur 9 bulan. Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi di usia 9 bulan.

Perkembangan Bayi Usia 9 Bulan
1. Bayi hampir boleh berjalan
Bayi usia 9 bulan semakin hampir untuk berjalan sepenuhnya. Bayi boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan sambil memegang perabot. Ada juga bayi yang sudah boleh berjalan beberapa langkah ke depan dengan dibantu. Kita juga boleh membantu bayi dengan berdiri atau melutut di hadapannya dan menghulurkan tangan sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah kita.

2. Cara atasi masalah bayi enggan berpisah
Memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama. Berikan puting susu pada bayi untuk dia menghisap. Atau gerakkan ibu jari bayi ke mulutnya, aktiviti menghisap adalah salah 1 cara bayi menenangkan dirinya. Bila bayi tenang, ia mudah diserahkan kepada orang lain, memudahkan proses berpisah antara bayi dan orang yang rapat dengannya.

3. Persediaan sebelum perjalanan jauh bersama bayi
Bayi 9 bulan akan meragam apabila kita menganggu rutin hariannya, umpamanya perjalanan jauh dengan menaiki kereta. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya contohnya buku bergambar, alat mainan yang berbunyi dan patung kesukaannya. Berikan puting kosong untuk menenangkan bayi ketika mereka meragam.

4. Bayi akan menoleh apabila namanya dipanggil
Bayi usia 9 bulan, mula memahami perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.

Gambar Bayi Usia 9 Bulan
Perkembangan bayi usia 9 bulan, cara mendidik anak ketika usia bayi 9 bulan, tingkah laku bayi umur 9 bulan, panduan mengajar anak ketika masih bayi, gambar bayi usia 9 bulan, bila bayi mula berjalan, cara atasi bayi enggan berpisah

Cara Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 9 Bulan
1. Bayi berjalan tanpa menggunakan kasut
Menurut pakar, bayi yang berjalan dengan berkaki ayam ataupun berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya. Seterusnya, melancarkan proses pembelajaran bayi untuk berjalan.

2. Bayi bermain dan belajar
Bayi suka meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi merupakan mainan kegemaran mereka. Mainan sebegini membantu proses pembelajarannya tentang hubung kait sesuatu objek.

Bayi 9 bulan sukakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

3. Bayi mula memahami bahasa dan menyebut perkataan
Bayi mula memahami bahasa yang pernah dia dengari sebelum ini. Kemudian, menyebut perkataan tersebut seperti ‘pa’ dan ‘ma’. Dedahkan lebih banyak perkataan kepada bayi seperti bercakap dengannya, bercerita, bergurau agar memudahkannya untuk berkomunikasi. Di samping mempelajari lebih banyak bahasa dan perkataan.
Perkembangan bayi usia 9 bulan, cara mendidik anak ketika usia bayi 9 bulan, tingkah laku bayi umur 9 bulan, panduan mengajar anak ketika masih bayi, gambar bayi usia 9 bulan, bila bayi mula berjalan, cara atasi bayi enggan berpisah
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan

Tahniah! Kini bayi anda sudah pun berumur 9 bulan. Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 9 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.

1 comment: