Showing posts with label Hamil. Show all posts
Showing posts with label Hamil. Show all posts

Apa Itu HbA1c? Ujian Darah Diabetes Mellitus

Apa Itu HbA1c

Tergamam bila doktor suruh buat ujian darah HbA1c. I lettew! Bagaimana cara nak tahu kena penyakit kencing manis diabetes mellitus? Mari kita kenali pengertian HbA1c dan mengapa perlu buat ujian darah HbA1c. HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangka masa merangkumi 2 hingga 3 bulan.

Harga Buat Ujian Darah HbA1c Di Klinik Swasta

Harga Buat Ujian Darah HbA1c Di Klinik Swasta

Kat klinik mana boleh buat ujian darah HbA1c? Berapa bayaran harga buat ujian darah HbA1c di klinik swasta? Perlukah kita berpuasa untuk buat ujian HbA1c? Bila sebut klinik swasta, kita dah terbayang-bayang, pasti caj buat ujian darah HbA1c mahal. Berapa ringgit ye agaknya buat ujian HbA1c ni? Nak tahu? Baca selanjutnya.

Buat Ujian Darah HbA1c Selepas MOGTT Kantoi

Ibu Hamil Buat Ujian Darah HbA1c Selepas MOGTT

Selepas dapat keputusan MOGTT, doktor suggest kat aku untuk buat ujian darah HbA1c. Semuanya gara-gara result MOGTT aku tak cantik. Di paras 8.3 mmol. Masa aku buat ujian MOGTT tu, usia kandungan aku mencapai 12 minggu. Katanya, memandangkan masih di awal trimester hamil, bacaan gula dalam darah aku agak tinggi, doktor syak mungkin aku ada kencing manis. So, untuk dapatkan keputusan yang tepat doktor suruh aku buat ujian darah HbA1c.

Keputusan MOGTT Minum Air Gula Ibu Mengandung

Keputusan Bacaan Gula Dalam Darah MOGTT Ibu Hamil

Ini merupakan pengalaman kedua aku membuat ujian MOGTT. Untuk anak kedua ni, ujian MOGTT aku buat pada kehamilan minggu ke-12. Sama juga untuk anak pertama dulu, minum air gula masa usia kandungan masuk 3 bulan. Apa itu MOGTT? Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) juga dikenali Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT).

Cara Mengira Usia Kandungan Hamil

Cara Mengira Usia Kandungan Hamil | Seronoknya bila disahkan mengandung. Tapi bila part nak menghitung usia hamil aku jadi blur. Bagaimana cara menghitung usia kehamilan erk? Sebab pengiraan aku tak tepat dengan anggaran jumlah kehamilan sebanyak 40 minggu tu. Ha, rahsia kalkulator usia kandungan dah terbongkar! Jom lihat cara mengira usia kandungan di bawah. Mudah je!

Bra Menyusu Murah (Nursing Bra)

Beli Bra Menyusu Murah | Nursing Bra Murah 2016 | Bagi aku bra menyusu amat penting digunakan oleh ibu selepas melahirkan anak. Mengikut pengalaman aku sendiri, amat leceh nak guna bra biasa, baju mesti basah kena air susu, kena ganti bra baru. Tapi dengan nursing bra, mudah je nak buat penggantian. Keselesaan itu yang penting.

5 Cara Penjagaan Payudara Semasa Hamil

Ketahui 5 Cara Penjagaan Payudara Semasa Hamil | Penjagaan payudara ketika hamil adalah penting. Ia bertujuan sebagai persiapan buat ibu mengandung untuk proses menyusui bayi kelak. Berikut merupakan tips penjagaan payudara ketika saat hamil dan mengandung.

Punca & Cara Atasi Sembelit Ketika Hamil

Sukar berak ketika hamil? Oh aku baru tahu rupanya masalah sembelit ketika mengandung merupakan masalah biasa. Syukur la, pasal aku antara ibu hamil yang kerap kali dilanda sembelit saat hamil anak sulung ni.

Sembelit Ketika Hamil

Sebelum pregnant, aku orangnya jenis mudah nak membuang di waktu pagi. Memang terbaik la proses pencernaan dalam sistem badan aku. Alhamdulillah.. Tiada kesukaran dalam membuang air besar. Mudah dan lancar. Masalah sembelit memang jarang aku alami.

Berat Badan Tak Naik Hamil 7 Bulan

Minggu lepas aku pergi buat lawatan kesihatan kat klinik kesihatan berdekatan. Usia kandungan aku sekitar 30 minggu (7 bulan mengandung). Alhamdulillah.. Bila kandungan dah mencecah usia 28 minggu ke atas, ibu mengandung kena buat pemeriksaan setiap 2 minggu. Begitu jugak scan perkembangan bayi di hospital.

Carta Pergerakan Janin Ibu Mengandung

Carta Pergerakan Janin

Masa buat pemeriksaan kehamilan kat Klinik Kesihatan hari tu, misi kata bermula hari esok aku kena buat kerja rumah. Bukan kerja menyapu rumah, tapi kerja menandakan pergerakan bayi dalam kandungan. Misi pun terangkan cara-cara nak kira pergerakan bayi dan cara tandakan pergerakan janin di dalam Buku Pink Ibu Mengandung.

Kaki Bengkak Ketika Hamil (Edema)

Kaki Bengkak Ketika Hamil (Edema)

Memasuki usia kandungan ke 28 minggu, kaki aku dah start bengkak. Bengkak sebelah pergelangan kaki kanan. Kaki kiri ok. Ini kali ke 2 kaki aku membengkak. Bengkak dia tak sakit. Cuma kelihatan kembang je la kat buku lali kaki tu.

Ujian BSP & MGTT - Check Gula Ibu Mengandung

Ujian BSP & MGTT - Check Gula Ibu Mengandung

Sebelum ni aku ada story pasal kisah Minum Air Gula Ketika Hamil & Ujian MGTT. Hasil ujian MGTT aku gagal! Bacaan glukosa dalam darah aku lepas minum air gula ialah pada tahap 8.0 mmol. Tak lulus bagi ibu mengandung. Doktor tak berkenan. Doktor pun keluarkan borang khas yang dinamakan 7 point BSP Chart.

Mimpi Menyusukan Anak Kecil Yang Masih Bayi

Mimpi Menyusukan Anak Kecil Yang Masih Bayi

Dek teruja nak bergelar ibu, sampai termimpi-mimpi mengendongkan anak sambil menyusukannya. Adoyai.. ker orang lain sama jugak. Sibuk je kan mimpi ni. Tak pasal-pasal terberanak awal dalam mimpi.

Suntikan Anti Tetanus (ATT) Ibu Mengandung

Suntikan Anti Tetanus (ATT) Ibu Mengandung

Suntikan anti tetanus (ATT) juga dikenali sebagai vaksin kancing gigi. Bila dimaklumkan misi yang aku bakal dapat suntikan anti-tetanus, berpinar-pinar mata aku. Aku ingatkan bila mengandung, hamil macam tu je, sambil makan vitamin yang doktor bagi. Rupanya kena injection jugak! Hadoi! Gerun la. Sakit la jugak kalau kena suntikan anti-tetanus tu.

Buku Pink Ibu Mengandung Catat Rekod Kehamilan

Buku Pink Ibu Mengandung Catat Rekod Kehamilan


Istimewanya buku pink ni sebab tak boleh beli kat kedai buku, confirm tak ada jual nyer. Buku pink ni keluaran khas kementerian kesihatan khas buat ibu mengandung. Jika anda dah merasai tanda-tanda awal mengandung, cepat-cepatlah buat ujian kehamilan. Boleh beli alat ujian kehamilan yang dikenali urine pregnancy test (UPT) kat farmasi, pasaraya mahupun kat Watson, Guardian.

Prosedur Minum Air Gula Semasa Mengandung (MGTT)

Anda dah disahkan hamil? Alhamdulillah.. Berita yang sangat mengujakan buat pasangan berkahwin. Bagi yang mengandung anak pertama, mesti tertanya-tanya bila misi suruh buat ujian MGTT iaitu minum air gula. Berlegar-legar soalan dalam kepala, apa rasa air gula tu? Mengapa mesti minum air gula sewaktu hamil? Agak-agak air gula tu semanis apa ye?  

Ibu Mengandung Mudah Emosi, Sensitif & Menangis

Kandungan aku hampir menuju ke usia 7 bulan. Alhamdulillah, moga diberi kesihatan yang baik buat diriku dan juga anak dalam perut ni. Berbicara pasal orang mengandung, emosi wanita bergelar ibu hamil memang tak dapat dijangka. Adakalanya rasa gembira, kemudian sekelip mata bertukar rasa sedih, kuat marah, kuat merajuk, cepat terasa, sensitif sangat-sangat! Malah air mata laju je nak turun kat pipi. Ibu mengandung memang macam ni erk? Mudah menangis.

Wanita Tak Tahu Diri Hamil Lahirkan Anak Lelaki

Wanita Tak Tahu Diri Hamil Lahirkan Anak Lelaki Dalam Tandas

Kisah yang terjadi kat Scotland. Wanita yang menyangka dirinya datang bulan rupa-rupanya petanda dia bakal melahirkan anak. Apa yang menghairankan sepanjang wanita itu hamil, dia tidak pernah tahu bahawa dirinya sedang mengandung. Malah periodnya juga datang setiap bulan.

Minum Air Gula Ketika Hamil & Ujian MGTT

Aku daftar diri sebagai ibu hamil di Klinik Kesihatan Kerajaan masa tu umur kandunganku baru nak masuk 3 bulan. Lepas buat ujian darah, ujian air kencing, ukur berat badan dan sukat ketinggian, aku diberi borang suruh buat ujian air gula yang dikenali ujian MGTT.