Ucapan Selamat Hari Gawai Dayak

Ucapan Selamat Menyambut Perayaan Hari Gawai Dayak Di Sarawak | Sambutan Hari Gawai Dayak di Sarawak di sambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun. Yang seronoknya, bila Hari Gawai Dayak menjelang ia merupakan cuti umum untuk Sarawak. Yey! Cuti!! 1 Jun 2016 merupakan tarik sambutan Hari Gawai Dayak pada tahun ini.

Surprise buat kawanku berbangsa Iban & Bidayuh: UCAPAN HARI GAWAI DAYAK TERBAIK & MENYENTUH HATI***

Ucapan selamat Hari Gawai Dayak ditujukan buat semua rakyat Sarawak yang menyambut perayaan ini khasnya buat kawan saya di sekolah menengah dulu iaitu di SMK Taee. Bila tibanya Hari Gawai, mesti teringat nak buat ucapan pesta gawai, automatik mengingatkan diri ini pernah buat kad ucapan iaitu selamat gawai dayak card. Untuk bagi kat kawan-kawan dan guru yang meraikan perayaan Gawai Dayak.

ucapan selamat hari gawai dayak, ucapan hari gawai 2016, contoh ucapan hari gawai, ucapan untuk hari gawai, ucapan pesta gawai, selamat gawai dayak card, selamat ari gawai dayak
Ucapan Selamat Hari Gawai Dayak
Nak tahu contoh ucapan Hari Gawai? Ucapan untuk Hari Gawai, ucapan selamat ari Gawai Dayak yang kreatif, lucu dan terbaik. Jom baca senarai ucapan di bawah.

“Selamat Hari Gawai buat rakan-rakan yang menyambut perayaan Gawai Dayak. Jaga diri ketika musim perayaan ni, moga dengan menjelangnya Gawai Dayak ia menyatukan seluruh ahli keluarga. Yang jauh pulang ke desa. Bersatu dengan keluarga dan sanak-saudara. Meraikan hari Gawai yang penuh meriah.”

Iban :–
“Selamat Ngintu Hari Gawai Dayak”

Bidayuh :–
“Silamat Andu Gawai Dayak”

Kayan :–
“Selamat Dau Gawai Dayak”

Kenyah :–
“Selamat Tau Gawai Dayak”

Kelabit :–
“Doo Adto Irau Dayak”

Berawan :–
“Selamat Echiew Gawai Dayak”

Saban :–
“Selamat Siew Gawai Dayak”

Lun Bawang :–
“Do Aco Irau Dayak”

Bisaya :–
“Selamat Nyambut Adau Gawai Dayak”

Melanau :–
“Selamat Lau Gawai Dayak”

Penan :–
“Jian Dau Gawai Dayak.

Polis :-
"Ops Selamat Gawai Dayak" (Rondaan polis di musim perayaan Gawai)

Siapa yang menyambut Hari Gawai Dayak?
Hari Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.

Apa maksud perayaan Hari Gawai Dayak?
Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

Buat anda yag nak sampaikan kata-kata ucapan selamat Hari Gawai Dayak untuk kawan anda, bolehlah pilih mana satu ucapan yang anda suka. SELAMAT HARI GAWAI, GAYU GURU GERAI NYAMAI.

No comments:

Post a Comment