Buat Ujian Darah HbA1c Selepas MOGTT Kantoi

Ibu Hamil Buat Ujian Darah HbA1c Selepas MOGTT

Selepas dapat keputusan MOGTT, doktor suggest kat aku untuk buat ujian darah HbA1c. Semuanya gara-gara result MOGTT aku tak cantik. Di paras 8.3 mmol. Masa aku buat ujian MOGTT tu, usia kandungan aku mencapai 12 minggu. Katanya, memandangkan masih di awal trimester hamil, bacaan gula dalam darah aku agak tinggi, doktor syak mungkin aku ada kencing manis. So, untuk dapatkan keputusan yang tepat doktor suruh aku buat ujian darah HbA1c.


Kat Mana Boleh Buat Ujian Darah HbA1c

Dengar nama HbA1c berbelit lidah aku nak sebut. Ye la pertama kali dengar. Doktor ada bagitau nama 1 klinik ni, klinik luar, klinik swasta. Bayaran dikenakan untuk buat ujian darah HbA1c ni pula sekitar RM30 – RM40. Means kena bayar sendiri. Sebab buat kat klinik luar kan. Bukan klinik kerajaan.

ibu hamil buat ujian darah hba1c selepas keputusan mogtt kantoi, klinik swasta buat ujian darah hba1c, bacaan gula dalam darah ibu mengandung ujian mogtt, cara tahu ibu mengandung ada kencing manis
Suntikan di lengan untuk buat ujian darah HBA1C

Jadi, lepas doktor tu terangkan itu ini, petang tu jugak aku ke Klinik Dr. Wong Mukah. Darah diambil kat lengan aku. Ini merupakan kali ke-5 lengan aku terima suntikan jarum. Sebab masa buat ujian MOGTT pagi tu, sebanyak 4 kali aku kena cucuk, sebab urat lari. Nasib baik kat Klinik Dr. Wong dia cucuk sekali je terus kena urat. Selamat lengan aku daripada jadi mangsa suntikan.

Doktor cakap ujian darah aku akan dihantar ke Hospital Sibu untuk dianalisis. Perlukan masa seminggu untuk tahu keputusan ujian darah HbA1c. Aku pun ok je. Sebab tak sabar dah nak balik. Sebelum balik, aku pun bayar harga buat ujian darah HbA1c kat klinik tu, RM35 dikenakan.

Pengalaman Buat Ujian MOGTT Versus Ujian HbA1c

Masa mengandung anak pertama, keputusan MOGTT aku adalah 8.0 mmol. Berbanding mengandung anak kedua, hasil keputusan MOGTT adalah 8.3 mmol. Tak jauh beza. Cuma yang pertama tu, aku tak ada buat ujian darah HbA1c. Manakala pregnant anak kedua kena buat ujian darah HbA1c kat klinik luar.

Doktor tahu apa yang terbaik untuk pesakit dia. So kita follow je arahan doktor. Moga dipermudahkan proses kehamilan ini, diberi kesihatan yang baik buat si ibu yang menaip ni, juga baby dalam kandungan sihat walafiat. Siapa lagi ibu yang kantoi result MOGTT? Hihi..geng la kita. Ada buat ujian darah HbA1c jugak? Sama-sama kita jaga pemakanan kita sepanjang mengandung ni.

No comments:

Post a Comment