Harga Buat Ujian Darah HbA1c Di Klinik Swasta
Kat klinik mana boleh buat ujian darah HbA1c? Berapa bayaran harga buat ujian darah
HbA1c di klinik swasta? Perlukah kita berpuasa untuk buat ujian HbA1c? Bila
sebut klinik swasta, kita dah terbayang-bayang, pasti caj buat ujian darah
HbA1c mahal. Berapa ringgit ye agaknya buat ujian HbA1c ni? Nak tahu? Baca
selanjutnya.
Pengertian Dan Makna HbA1c
HbA1c
dikenali hemoglobin berglukosa.
Tujuan Ujian HbA1c Dibuat
Sebab
mengapa ujian HbA1c dilakukan, ianya untuk memantau keberkesanan kawalan
glukosa dalam darah. Terutama di kalangan ibu hamil, penyakit diabetes mellitus
merbahaya pada diri wanita hamil termasuk bayi dalam kandungannya. Sebab itu
dilakukan ujian HbA1c supaya dapat memantau dan memberi rawatan pesakit kencing
manis di kalangan ibu mengandung. Ini bagi kes kehamilan yang ada kencing
manis. Saya pula perlu buat HBA1C sebab…boleh baca kat sini: Misi buat ujian darah HBA1C di klinik luar selepas MOGTT kantoi
Ambil ujian darah HBA1C pada lengan |
Bayaran Klinik Swasta Buat Ujian Darah HbA1c
Harga melakukan ujian HbA1c adalah berbeza bagi setiap klinik. Melalui
pembacaan saya, ada klinik luar yang cas RM32 untuk ujian HbA1c ni. Menurut
doktor yang rawat saya, harga sekitar RM30 sehingga RM40. Tapi klinik swasta
yang saya pergi mengenakan harga RM35 untuk ujian HbA1c. Kat mana saya buat?
Kat Klinik Dr. Wong Mukah. Doktornya sangat peramah. Hebat dalam mencari urat
darah. Sekali cucuk terus mengena. Proses mengambil darah mudah dan cepat. Tak
sakit.
Hasil ujian HbA1c boleh dapat dalam tempoh seminggu. Saya
masih lagi menunggu keputusan. Harap-harap bacaan gula dalam darah saya bagus.
Risau pulak rasanya. Sekian perkongsian harga buat ujian darah HbA1c di klinik swasta, moga membantu anda dalam mencari maklumat
pasal HbA1c nih.
No comments:
Post a Comment