Keputusan Bacaan Gula Dalam Darah MOGTT Ibu Hamil
Ini
merupakan pengalaman kedua aku membuat ujian MOGTT. Untuk anak kedua ni, ujian
MOGTT aku buat pada kehamilan minggu ke-12. Sama juga untuk anak pertama dulu,
minum air gula masa usia kandungan masuk 3 bulan. Apa itu MOGTT? Modified Glucose
Tolerance Test (MGTT) juga dikenali Modified Oral Glucose Tolerance Test
(MOGTT).
Ujian MOGTT Cara Menguji Gula Dalam Darah Ibu Mengandung
Proses
nak buat ujian MOGTT ni, ibu hamil kena berpuasa terlebih dahulu. Bermula jam
12 tengah malam, tak boleh makan, tak boleh minum, minum air kosong pun tak
boleh. Sehingga proses mengambil darah selesai dilakukan di makmal hospital.
Biasanya
aku sampai kat hospital dalam jam 9 pagi. Ambil darah kat lengan, guna jarum
penyedut tu. Sampai 4 kali cucuk baru kena urat. Terseksa juga kena cucuk jarum
tu. Kalau cucuk terus masuk, ok jugak, ni sebab urat aku lari kata orang makmal
tu, bertabah je lah. Lepas ambil darah, minum air gula. Air gulanya teramat
manis, likat, melekat di kerongkong.
Air
gula tu setengah gelas besar, then boleh minum segelas cawan air kosong. Memang
ada disediakan kat situ. Teguk je la air kosong tu sampai habis. Dah kerongkong
rasa likat terover manis. Bila dah habis minum air gula, orang makmal akan
inform suruh datang selepas 2 jam. Sekitar jam 11 pagi nanti datang balik ambil
darah. Ambil kat hujung jari je, yang ni tak sakit.
Keputusan Minum Air Gula MOGTT
Dah
katanya ujian MOGTT ni untuk menguji paras glukosa dalam badan ibu hamil, part
ni la mendebarkan. Sama ada keputusan MOGTT lulus atau tersangkut. Kalau lulus
happy la korang. Kalau sangkut macam aku, haaa kena buat ujian 7 point BSP.
Buat 7 points ni tak ada masalah, cuma kena review depan doktor selang 2
minggu. Turun naik ke hospital jumpa doktor. Huhuhu.. Menunggu giliran, tu satu
hal. Lama…
Result ujian MOGTT lepas minum air gula bagi ibu mengandung |
So
nak share kat korang bacaan kurang cantik hasil keputusan minum air gula aku.
Masa puasa bacaan gula dalam darah 4.9 mmol. Selepas minum air gula, lepas tempoh
2 jam tu bacaan glukosa aku 8.3 mmol. Lepas doktor review result MOGTT aku,
doktor sarankan aku buat second test iaitu ujian
HbA1c. Apa kebenda binatang hba1c tu? Nak tahu? Nanti aku share next entry.
Nak tahu pengalaman pertama MOGTT aku (anak first dulu), keputusannya lihat
sini: MINUM
AIR GULA KETIKA HAMIL & UJIAN MGTT
Ngam
pulak buat ujian minum air gula ni lepas raya. Dah tahu confirm keputusan MOGTT minum air gula ibu
mengandung aku kantoi. Bestnya kalau bacaan gula dalam darah aku normal.
Mesti seronok. Aku nak kata makan benda-benda manis tu tak ada la sangat, cuma
mungkin aku terlebih makan makanan berkarbohidrat. Aku kan peminat tegar nasi,
segala benda yang diadun dengan tepung tu. Mulai hari ni kena jaga pemakanan
aku. Apa pulak pengalaman korang? Lulus dengan cemerlang tak ujian MOGTT
korang?
No comments:
Post a Comment