Apa Itu HbA1c? Ujian Darah Diabetes Mellitus

Apa Itu HbA1c

Tergamam bila doktor suruh buat ujian darah HbA1c. I lettew! Bagaimana cara nak tahu kena penyakit kencing manis diabetes mellitus? Mari kita kenali pengertian HbA1c dan mengapa perlu buat ujian darah HbA1c. HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangka masa merangkumi 2 hingga 3 bulan.


Perlukah Berpuasa Untuk Buat Ujian Darah HbA1c?

Ujian ini tidak memerlukan individu berpuasa dan sampel darah boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Masa ambil darah dulu, nervous jugak pasal baru je makan tengah hari siap order air ice lemon tea lagi. Lepas tu kena buat ujian darah HBA1C, memang la risau. Ingatkan tak boleh makan, kena puasa jugak macam ujian MOGTT tu. Rupanya tak, boleh ambil ujian darah bila-bila masa je.

apa itu hba1c, perlukah berpuasa untuk buat ujian darah hba1c, sebab perlu buat ujian darah hba1c, bacaan gula dalam darah hba1c, cara nak tahu kena penyakit kencing manis diabetes mellitus
Ambil darah kat lengan untuk lakukan ujian HBA1C

Sebab Perlu Buat Ujian Darah HbA1c

Ujian HBA1C ni digunakan untuk memantau keberkesanan kawalan glukosa darah. Untuk memberi rawatan penyakit kencing manis. Menerusi bacaan gula dalam darah ujian HBA1C penunjuk kepada Diabetes Mellitus. Ia memaparkan purata tahap glukosa darah kita untuk tiga bulan terdahulu.

HbA1c terbentuk apabila glukosa bergabung dengan hemoglobin. Oleh kerana sel-sel darah merah berada di sistem pengedaran sekurang-kurangnya 120 hari, ujian HbA1c memberi ukuran tepat kandungan glukosa darah dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelumnya. Sumber: ujian penunjuk diabetes mellitus

Jadi kita dah tahu apa itu ujian darah HbA1c. Untuk makluman semua, individu yang mempunyai tahap glukosa darah yang baik perlu mempunyai paras HbA1c kurang daripada 6.5%. Lebih daripada nilai itu, perlukan langkah berjaga-jaga tentang penyakit diabetes mellitus. 

No comments:

Post a Comment