Cara Mencegah Wabak Selesema Burung H5N1

Cara Mencegah Wabak Selesema Burung H5N1

Apakah langkah pencegahan isu selesema burung? Bagaimana membasmi jangkitan H5N1 dan mencegah wabak flu burung? Apa langkah yang diambil untuk mengesan virus avian influenza? Apakah peranan kita sebagai masyarakat dan penternak dalam menangani masalah selesema burung? Apa tindakan kerajaan, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dalam mencegah wabak selesema burung.

Info penting:

langkah pencegahan selesema burung, membasmi jangkitan h5n1, cegah wabak flu burung, cara mengesan virus avian influenza, tindakan kerajaan, jabatan veterinar, jabatan perkhidmatan haiwan  cegah wabak selesema burung
H5N1: wabak selesema burung
Virus influenza A, virus yang menyebabkan wabak selesema burung (influenza avian).
Transmission electron micrograph of negatively stained virus particles in late passage.

Cara Penternak Mencegah Jangkitan Selesema Burung

Orang-orang yang bekerja dikalangan burung dan ayam itik, di rumah sembelih dan yang mengendali daging mentah dan baja (najis ayam) menghadapi risiko jangkitan selesema burung. Langkah-langkah pencegahan untuk elak dijangkiti virus H5N1 ialah:
1. Penternak perlu menggunakan pakaian perlindungan yang lengkap seperti menggunakan sarung tangan, gogal, kasut but, topeng dan lain-lain. Pastikan anggota badan kita dilindungi dan tidak terdedah pada najis ayam.
2. Sentiasa membasuh tangan setiap kali selesai menguruskan haiwan peliharaan. Sama ada selepas memegang ayam, itik, angsa dan ayam belanda.
3. Penternak dikehendaki mengendalikan daging mentah dan produk dengan sebersihnya.

Apakah yang harus dilakukan oleh penternak ayam, itik dan lain-lain premis unggas di dalam mencegah jangkitan H5N1?

- Kebersihan dan biosekuriti ladang sangat penting
- Penggunaan jaring kalis burung di bangsal ayam itik supaya burung liar tidak dapat masuk ke bangsal
- Beli stok ayam itik dari sumber yang boleh dipercayai


Langkah Pencegahan Kerajaan Dalam Membasmi Penularan Selesema Burung

Semenjak akhir tahun 2003, disebabkan ancaman dari burung hijrah dan penyeludupan di sempadan, survelan di negara kita diperhebatkan untuk mengesan dan membasmi virus secepat mungkin. Kawalan sempadan dan pemeriksaan veterinar di pintu masuk diperkukuhkan.

Cara Jabatan Perkhidmatan Haiwan Cegah Wabak Selesema Burung

Selain dari memperketatkan pintu-pintu masuk negara, strategi kawalan penyakit ialah untuk mengesan virus AI dengan cepat dan mengambil tindakan segera untuk membasmi jangkitan dan mencegah wabak.

Langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mengesan virus avian influenza ialah:
1. Jabatan Perkhidmatan Haiwan membuat survelan klinikal dan virologikal di ladang-ladang ayam, itik, puyuh dan lain-lain ladang, burung yang diimport, kedai haiwan kesayangan, burung hijrah, zoo, aviary, ayam kampung, ayam sabung, kawasan sempadan, pasar, rumah sembelih dan lain-lain
2. Sampel diambil secara berkala di semua premis ini untuk ujian di makmal
3. Kadar kematian lebih dari 3% wajib dilaporkan ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan
4. Larangan import dari negara yang dijangkiti virus H5N1
5. Siasatan serta merta jika ada laporan kematian pada unggas

Cara Orang Awam Mencegah Penularan Wabak Selesema Burung

Apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk membantu pencegahan jangkitan flu burung H5N1?
1. Lapor serta merta kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat unggas yang sakit atau mati
2. Jangan melupus sendiri unggas atau ayam itik yang mati
3. Jangan memberi makanan kepada burung-burung liar



 4. Jangan import atau membawa burung, daging ayam itik atau baja tanpa kebenaran dari pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan
5. Jangan membeli atau membawa balik burung haiwan kesayangan ke rumah tanpa pemeriksaan dari doktor veterinar
6. Jika burung haiwan kesayangan anda sakit sila bawa ke doktor veterinar serta merta
7. Jika haiwan peliharaan menunjukkan tanda-tanda penyakit selesema burung sila lapor ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan
8. Lapor ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika anda mengetahui berkenaan penyeludupan burung atau daging secara haram
9. Jangan menyertai pertandingan ayam laga atau apa-apa pertandingan burung yang haram
10. Lapor ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika anda mengetahui berkenaan pertandingan ayam laga. Kredit: H5N1 wikipedia & apa itu selesema burung
  
Ikuti garis panduan cara mencegah wabak selesema burung H5N1 seperti di atas. Sikap ambil peduli kita boleh mengawal penularan wabak selesema burung. Masing-masing ada peranan tersendiri. Cara bagaimana pihak kerajaan, jabtan veterinar, jabatan perkhidmatan haiwan, malah kita sendiri ada tanggungjawab berdepan menangani wabak selesema burung. 

No comments:

Post a Comment