Permohonan Online Kolej Vokasional 2016 & Sekolah Teknik

Permohonan Kemasukan Online Kolej Vokasional 2016 | Hebahan buat semua khasnya pelajar lepasan PMR (PT3) yang ingin melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional. Permohonan masuk ke Kolej Vokasional kini dibuka. Permohonan online ke program Kolej Vokasional untuk tahun 2016 sudah dibuka bermula 2 Mei 2016. Apa lagi, jom isi borang permohonan Kolej Vokasional secara online.

permohonan online kolej vokasional 2016, cara semakan permohonan kolej vokasional dan sekolah teknik 2016, permohonan kemasukan sekolah teknik smt oleh kpm secara online, panduan mengisi borang online kolej vokasional, senarai kursus kolej vokasional
Permohonan kemasukan online Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016

Syarat Permohonan Kolej Vokasional 2016 Dan Sekolah Teknik
Syarat permohonan Kolej Vokasional 2016 KV dan Kemasukan Sekolah Teknik SMT oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara online:
  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2015 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  4. Calon sihat tubuh badan ;
  5. Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  6. Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTA WARNA
  7. Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  8. Calon berminat dengan program dipohon.

Syarat Khusus Permohonan Kolej Vokasional:
Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

Cara Buat Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016 Dan Sekolah Teknik
Isi borang permohonan Kolej Vokasional menerusi laman web: https://sptv.moe.gov.my/mohon_ilks/index.cfm
Masukkan nombor kad pengenalan.
Isi semua ruangan pada borang online.
Panduan mengisi borang online kolej vokasional boleh rujuk sini: https://sptv.moe.gov.my/mohon_ilks/perdana/panduan_permohonan.pdf
Senarai kursus kolej vokasional lihat sini:

Cara Semak Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik
 Calon boleh menyemak keputusan permohonan kolej vokasional dan Sekolah Teknik 2016 menerusi website http://www.moe.gov.my bermula 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016.

permohonan online kolej vokasional 2016, cara semakan permohonan kolej vokasional dan sekolah teknik 2016, permohonan kemasukan sekolah teknik smt oleh kpm secara online, panduan mengisi borang online kolej vokasional, senarai kursus kolej vokasional
Carta pengambilan murid Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik

Rayuan Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik
Untuk membuat rayuan kemasukan kolej vokasional, calon boleh hadir terus ke ILKS atau menghubungi pihak ILKS yang terlibat untuk membuat rayuan mulai 14 Jun 2016 hingga 30 Jun 2016.

Tarikh tutup permohonan Kolej Vokasional pada 12 Mei 2016. Tarikh pendaftaran kolej vokasional ILKS pula ialah pada 13 Jun 2016. Jadi, buat adik-adik semua alert pada tarikh tersebut. Selamat mengisi borang permohonan online kolej vokasional anda.

No comments:

Post a Comment