Keburukan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia

Keburukan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia | Perjanjian TPPA menimbulkan kontroversi, ada yang menyokong, ada yang membantah Malaysia sertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Ini kerana, mereka melihat kesan buruk perjanjian TPPA pada ekonomi negara, keburukan Perjanjian TPPA terhadap rakyat Malaysia dan terdapat kelemahan, kekurangan dan kerugian Malaysia sertai perjanjian TPPA.

Sebelum itu, fahami terlebih dahulu Maksud Perjanjian TPPA. Ketahui penyenaraian 10 Kebaikan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia. Sungguhpun begitu, orang ramai masih melihat kesan negatif dan keburukan perjanjian TPPA ini. Rakyat Malaysia masih ragu-ragu dan bimbang akan kesan buruk yang diterima akibat penyertaan Malaysia dalam perjanjian TPPA.

Keburukan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia
1. Khabarnya kesan buruk akibat perjanjian TPPA ialah kos ubatan akan meningkat. Harga ubat akan menjadi lebih mahal kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.

2. Keburukan perjanjian TPPA ialah perniagaan / bisnes di Malaysia akan dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar. Memandangkan perjanjian TPPA mengamalkan prinsip perdagangan bebas, negara luar bebas berniaga dalam negara kita. Ini menyebabkan peniaga dan usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara.

3. Perjanjian TPPA memberi kesan negatif pada industri pertanian padi. Memandangkan beras dari Amerika Syarikat menerima subsidi yang tinggi, dan kemudiannya beras tersebut dipasarkan di negara ini, ia akan memberi tekanan dan seakan penindasan pada golongan petani Malaysia. Petani terpaksa bersaing sengit dengan hasil pertanian luar negara.

4. Keburukan perjanjian TPPA menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk membeli. Hal ini dilihat dari segi perlindungan harga intelektual dalam perjanjian TPPA. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Nak baca/ dapatkan bahan rujukan, rakyat wajib beli atau wajib membayar sewa.
Kesan buruk Perjanjian TPPA pada ekonomi negara, keburukan Perjanjian TPPA terhadap rakyat, kelemahan, kekurangan dan kerugian Malaysia sertai perjanjian TPPA
Keburukan Perjanjian TPPA Terhadap Malaysia

5. Masyarakat Malaysia akan terdedah dengan filem lucah yang berleluasa. Tiada lagi penapisan filem kerana ianya sebagai halangan perdagangan bebas cukai.

6. Keburukan perjanjian TPPA memakan kos yang tinggi, pasaran untuk barangan elektronik yang dikeluarkan oleh negara akan hilang dan hilang 50 peratus pasaran ‘glove’ (sarung tangan getah) kepada Thailand. Kredit: Keburukan TPPA & Keburukan sertai TPPA

So far melihat perbandingan kebaikan dan keburukan Malaysia menyertai perjanjian TPPA, TPPA dilihat lebih banyak menawarkan manfaat pada ekonomi negara (boleh baca 10 kebaikan TPPA pada Malaysia di atas). Bahkan rakyat Malaysia dapat menikmati peningkatan pendapatan selanjutnya menaik taraf ekonomi hidup. Kelebihannya pun banyak, tapi perlu tahu juga akan keburukan Perjanjian TPPA terhadap Malaysia.

No comments:

Post a Comment