10 Kebaikan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia

10 Kebaikan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia | TPPA dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Sejak perjanjian TPPA dimetrai timbul isu tentang kesan TPPA terhadap peniaga Malaysia. Ada yang ingin tahu kebaikan dan keburukan TPPA, apa kebaikan perjanjian TPPA, kelebihan TPPA, manfaat TPPA kepada Malaysia.

kelebihan tppa, kebaikan dan keburukan tppa, kebaikan perjanjian tppa, kebaikan tppa kepada Malaysia, kesan tppa terhadap Malaysia, manfaat tppa kepada Malaysia
Malaysia menandatangani perjanjian TPPA

10 Kebaikan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia
Kelebihan Malaysia sertai perjanjian TPPA boleh dilihat dari segi perniagaan, Malaysia kini mempunyai akses pasaran kepada 40 peratus ekonomi dunia.

1. Manfaat perjanjian TPPA terhadap Malaysia ialah dapat meningkatkan peluang pekerjaan di negara yang menyertai perjanjian TTPA. Sekaligus meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat Malaysia. Peningkatan gaji untuk pekerja tidak mahir meningkat, juga gaji pekerja mahir dinaikkan selepas perlaksanaan TPPA.

2. Dasar Bumiputera dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kekal pada status quo sedia ada.

3. Kebaikan perjanjian TPPA ialah duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan dibawah TPPA. Lebih daripada 90 peratus peningkatan ekonomi disumbangkan menerusi langkah bukan tarif yang lebih rendah.

4. Kelebihan perjanjian TPPA kepada Malaysia ialah eksport dijangka meningkat mengatasi pertumbuhan import. Dengan penghapusan duti import dan sistem perdagangan bebas TPPA, lebih banyak produk Malaysia di eksport ke luar negara.

5. Manfaat perjanjian TPPA akan dinikmati oleh subsektor pembuatan, sektor yang menyumbang kepada 20 peratus KDNK Malaysia pada 2014 dijangkakan akan mencatat pertumbuhan keluaran yang lebih tinggi.

kelebihan tppa, kebaikan dan keburukan tppa, kebaikan perjanjian tppa, kebaikan tppa kepada Malaysia, kesan tppa terhadap Malaysia, manfaat tppa kepada Malaysia
Gambar kelebihan perjanjian TPPA terhadap Malaysia

6. Dengan adanya perjanjian TPPA, ia mendatangkan kelebihan di mana ia memudahkan pasaran Malaysia memasuki pasaran luar negara. Syarikat berorientasikan eksport akan memperoleh manfaat daripada akses pasaran yang lebih luas. Terutamanya Malaysia yang belum mempunyai pakatan perdagangan dengan Kanada, Mexico, Peru dan Amerika Syarikat. Makin banyak produk Malaysia di eksport ke negara luar, lebih banyak keuntungan bakal dinikmati Malaysia.

7. Syarikat akan memperoleh manfaat menerusi akses kepada pemerolehan kerajaan, liberalisasi digital yang lebih luas selain penguatkuasaan perlindungan rahsia perdagangan.

8. Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia diunjur meningkat sebanyak US$107 bilion kepada US$211 bilion antara tahun 2018 hingga tahun 2027. TPPA akan meningkatkan KDNK sebanyak 0.60 – 1.15 mata peratus pada tahun 2027.

9. Malah manfaat perjanjian TPPA kepada Malaysia ialah pelaburan pasti akan meningkat. Mendapat pelaburan yang lebih tinggi dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran. Lebih daripada 90 peratus peningkatan ekonomi disumbangkan menerusi langkah bukan tarif yang lebih rendah.

10. Kebaikan perjanjian TPPA dapat menyelesaikan pertikaian pelabur (ISDS) mungkin meningkatkan kos kepada kerajaan, namun perlindungan sudah disediakan bagi menangani saman dan melindungi dasar terutama dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar. Ia juga meningkatkan perlindungan ke atas syarikat Malaysia yang melabur di luar negara. Kredit: 10 manfaat TPPA kepada Malaysia

See, ada banyak manfaat Malaysia sertai perjanjian TPPA. Memberi kelebihan buat peniaga Malaysia nak kembangkan pasaran ke luar negara. Dengan penyenaraian 10 kebaikan perjanjian TPPA kepada Malaysia, ia menyediakan ruang perdagangan sebebasnya di antara 12 negara anggota TPPA. 


Ketahui apa itu TPPA:

No comments:

Post a Comment