Kata Sambutan Memperingati Hari Bumi Sedunia
22 April 2017 Selamat menyambut Hari Bumi Sedunia. HAPPY EARTH DAY. Hari Lingkungan Hidup! Sambutan Hari Bumi dirai setiap tahun tanggal 22 April di seluruh
dunia. Menerusi sambutan Hari Bumi, ia menyampaikan mesej kepada orang ramai. Tujuan
Hari Bumi disambut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya
menjaga dan memelihara alam sekitar dan menghargai bumi.
Istimewa untuk anda sempena HARI BUMI SEDUNIA:
→
SELAMATKAN BUMI KITA!!!!
Sejarah
Sambutan Hari Bumi
Gaylord Nelson mengistiharkan Hari
Bumi pada tahun 1970 di mana tujuannya untuk meningkatkan kesedaran orang awam dan
penghargaan kepada alam sekitar. Beliau mengadakan demonstrasi di seluruh
negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya
mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam
sekitar sebagai agenda negara.
Sambutan Hari Bumi |
Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20
juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama
menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection
Agency/US EPA. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun
sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
Semenjak itu, Hari Bumi diraikan pada
22 April setiap tahun. Sehingga kini, seluruh negara mengambil tanggungjawab
menjaga alam sekitar dan bumi demi kepentingan di masa hadapan. Sumber: Hari Bumi wikipedia
Peringatan Hari Bumi Setiap 22 April
Sambutan Hari Bumi amat penting kerana
ianya memberi peringatan kepada penduduk bumi. Betapa pentingnya kita
memelihara dan memulihara alam sekitar dan menjaga bumi. Dengan ini, ia dapat
menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat
untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Malahan, Jabatan Alam Sekitar juga
memainkan peranan penting dalam misinya meningkatkan kesedaran masyarakat di
Malaysia terhadap alam sekitar.
Ucapan Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia
Kata Ucapan Happy Earth Day: Sayangi bumi
kita. Untuk kesejahteraan hidup di masa sekarang juga untuk generasi anak cucu
di masa akan datang. Bermula dari diri kita, khazanah alam perlu dipelihara,
tidak melakukan kerosakan di muka bumi, tidak melakukan pencemaran, tidak menjejaskan
kehidupan alam dan hidupan yang mana sumber ini amat bermanfaat untuk kita
meneruskan kelangsungan hidup.
Hari Bumi Sedunia 22 April 2017 syukur..masih
lagi bernafas di bumi yang indah ini. Hasil usaha nenek moyang kita, generasi
terdahulu yang mengotakan janji memelihara alam sekitar. Marilah kita
menyambung amanah ini, dengan melindungi bumi. Menghindari dari melakukan
kerosakan, tidak rakus kepada sumber alam dan menghargai pemberian alam. Bumi kita,
planet kita, tempat tinggal kita.
Hari Bumi membawa mesej yang cukup
bermakna! Ingatlah kata sambutan
memperingati Hari Bumi Sedunia. Sayangi bumi kita. Selamatkan bumi kita
dari kemusnahan.
No comments:
Post a Comment